Entertainment

Anak disahkan Autism, sekali ada komen bida4p buat Dr Say tak boleh duk diam

” Terduduk saya dengar perkataan itu..”

Demikian luahan doktor selebriti, Dr. Say yang tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghdap Austism tahap sederhana.

Dr Say memberitahu pada mulanya dia seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana ia amat menyedihkannya.

” Ceritanya gini, wife sy perasan anak sulung kami Aezriel atau nicknamenya Ace kurang eye contact seawal dia berumur 6 bulan. Secara teorinya babies make eye contact around 3 months of age.

” Avoidance of eye contact ni is a very strong possible indication of autism. Tapi biasalah kami (lebih kepada sy) bagitau untuk “bagi masa dulu”.

” Bila Ace dah 9 bulan, wife perasan another red flag yakni Ace tak respond bila kami panggil nama dia.

” Biarpun panggil Aezriel ataupun Ace, dalam 10 kali panggil ade lah sekali atau 2 kali dia pandang tu pun sekilas lalu ja.

” Time tu bini start tengok video pasal autism & somehow banyak traits yang ada pada Ace tapi yelah hard to be 100% sure sebab masih terlalu awal.

” Ace tak tunjuk typical behaviour macam jalan berjengket, tangan ber-flapping tapi dia ada susun kereta in one line yang kalau kami kcau susunannya dia tak mrah, bila bermain dia kadang2 join budak lain dan kadang-kadang dia main sendiri.

Menurut Dr Say ketika itu isterinya menangis kerana sudah dapat mengagak sesuatu tidak kena menimpa anak mereka.

” Jadi sy agak sukar nak pick up whether ini betul autism atau just developmental delay tapi bini dah mnangis-mnangis sebab dia tersangat yakin yang something is “different” with Ace.

” Maka masa Ace 1 tahun 6 bulan (Nov 2020) we decide to assess Ace.

” Again masa ni pun masih terlalu awal untuk buat diagnosis what Ace is having tapi keputusan assessment tu tang social skill Ace memang jauh ketinggalan berbanding development yang lain.

” Maka kami start Ace on ABA therapy untuk 6 bulan dari dia setahun 7 bulan (Dec 2020) sampai lah dia 2 tahun (May 2021).

” A lot of improvement seen tapi memandangkan ada pelbagai kekangan kami terpaksa hentikan terapi Ace.

” Masa ni pun kami dah dapat date untuk berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak which was on 13 Oktober baru-baru ni (buat appointment sejak Mac 2021).

” Jadi 13 Oktober kami bawak Ace berjumpa paeds developmental specialist, Dr Cindy di Sunway Medical.

” Dr Cindy cekap, tak perlu masa yang lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu.

” Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima.

” On the way back saya terdiam because it’s too much for me to grasp. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”.

” Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam pnyakit yang makan ubat boleh sembuh but it’s a condition yang akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat saya berlinang air mata,” katanya.

Pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Kata Dr. Say perkongsian itu dibuat supaya memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana tentang perkembangan anak-anak

” Mak dan bini saya larang saya cerita benda ni tapi I think it’s necessary so that parents out there ambil peka dengan perihal akan perkembangan anak-anak.

” Jangan jadi alpa seperti saya “takpe bagi masa dulu” atau “biasalah anak lelaki cakap lambat”.” Pesannya.

Pun begitu, Dr. Say memberitahu dia kini sudah mula sedikit demi sedikit menerima kenyataan tersebut dan cuba membantu sehabis baik buat anaknya.

” Slowly I am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it won’t change the fact that my son is autistic.

” Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention.

” I am lucky and blessed bini peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu dan mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace.

” InsyaAllah November kami akan start terapi Ace sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” luahnya.

Di tudvh g4y

Dalama perkongsian terbaru, Dr Say berkongsi komen dari netizan yg mendakwa diri dia seorang g4y dan menghabiskan banyak duit semata-mata untuk membuktikan Dr Say adalah sebaliknya

Tidak berdiam diri, terus Dr Say mengeluarkan kenyataan berikut

Topic : Don’t You Da.re Touch My Son

Sebab utama mak sy me4rang sy daripada bercerita kisah Ace adalah sebab dia takut orang akan treat Ace differently & segelintir orang might be p4thetic. Masin mulut mak sy. Sy baca komen2 kalian di instagram & Alhamdullilah 99% are very kind, supportive & motivating. Arini sorang follower share kat sy the remaining 1% & it really piss.es me off.

Sy okay ja nak tud.uh sy apa jua orientation under the sun, sy biasa kena dah. Tapi to pick on my son is terpaling kur4ng aj4r! Tak baca full cerpen & buat assumption based on tajuk click b4it @501awani siapa yg terpaling “bod0h amat” sekarang ni? “Habiskan duit semata2 nak tunjuk straight” pulak ape cerita? Taktau pulak selama ni straight guys perabih duit just to be straight aduhai context perbincangan ko.

Takpelah Mal (if that is your real name), i forgive u & i do not intend to take action on your defamation but i do hope you find it in you to read any article that u came across to the fullest before making any empty-headed status like this. Aku dah rujuk pakar kanak2, aku tak habis duit untuk buktikan aku straight, aku tak g4y & yg paling penting aku sayang anak aku unconditionally. I wish you all the best in your se.x ad.diction recovery. Jangan fru.st aku straight.

Isteri Dr Say, Dr. Azura baru sahaja melahirkan putera keduanya melalui proses pembd6han pada 18 Ogos lalu.

Sumber:gempak dan IG Dr Say

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *