Uncategorized

Baru je kena denda RM 3,000, Karen Dior Buat Video Menyeru Orang Ramai Negara Ini Untuk Sedar

PETALING JAYA – Seorang wanita warga asing yang membuat onar selepas didakwa enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini muncul dengan sebuah video bercakap mengenai kebebasan dan hak untuk membuat pilihan.

Melalui video berdurasi dua minit 20 saat yang dimuat naik di laman Twitter @117WeThePeople itu, wanita berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Kerry atau ‘Karen Dior’ menyeru, agar orang ramai di negara ini sedar akan hak mereka untuk bebas dan membuat pilihan sendiri.

“Selamat pagi, I am Kerry aka Karen Dior, from Manchester to Malaysia in peace and love since 20 years, my heart, my soul, my children all have a much love home here. (Selamat pagi, saya Kerry atau Karen Dior, dari Manchester ke Malaysia dengan aman dan cinta sejak 20 tahun. Hati, jiwa, anak-anak saya ada rumah disayangi di sini).

“Our song is freedom, freedom to choose what we eat, where we go, who we go with, what we do to our bodies, medically or otherwise. It is a choice, your choice, my choice. (Lagu kita ialah kebebasan, kebebasan untuk memilih apa yang kita makan, ke mana kita pergi, dengan siapa kita pergi, apa kita buat kepada badan kita secara perubatan atau sebaliknya. Ia adalah pilihan, pilihan anda, pilihan saya),” katanya.

Dia berkata, banyak negara telah menarik semula peraturan berkaitan penularan wabak Covid-19 seperti tiada lagi sekatan jalan, tidak perlu memakai topeng muka dan tidak mewajibkan vaksin.

“Many countries are giving up the mandates, there are links below you are invited to read for yourselves and form your own opinion. (Banyak negara telah tamatkan mandat itu. Di sini ada pautan, anda dijemput untuk baca dan nyatakan pendapat anda sendiri).

“Rumah terbuka. Open your eyes, open your heart, open your souls, open your home, open house. Love, laughter, joy, makanan enak, imagine open house every day for the rest of our lives, all Malaysians, all one, all unite, aman. Who does not know his rights, has no rights. We are free. (Buka mata, hati, jiwa, rumah. Cinta, ketawa, gembira, bayangkan rumah terbuka setiap hari selamanya. Siapa yang tidak tahu hak mereka, tidak mempunyai hak. Kita bebas),” ujarnya.

Video:

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial berang dengan kenyataan wanita itu yang dianggap tidak menghormati peraturan negara lain.

“Henti pentingkan diri sendiri. Pakai pelitup muka bukan sahaja selamatkan diri sendiri, tetapi orang sekeliling kamu. Kami rakyat Malaysia tidak peduli apa yang kamu mahu lakukan ke atas badan kamu, apa yang kamu lakukan terhadap orang lain yang buat kami marah,” kata Eddie.

“Suara lembut anda tidak boleh memperbodohkan semua orang. Kamu datang ke negara kami, jadi ikut peraturan di sini,” kata NoWordCount.

“Anda bebas untuk memilih tidak memakai topeng muka dan pemilik premis juga bebas untuk tidak membenarkan pelanggan yang enggan memakai topeng muka masuk ke premis mereka,” kata Arif.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan wanita tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 di butik Dior Suria Kuala Lumpur (KLCC) Oktober lalu.

Identiti Karen Dior berjaya dikenal pasti, didenda RM 3,000 atas dua dakwaan kesalahan

Susulan tularnya rakaman video tu, ramai minta Khairy Jamaluddin cari dan ambil tindakan ke atas Karen Dior ni. Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Kesihatan turut bersetuju dengan pendapat ramai bahawa Karen Dior harus diambil tindakan dan dah arahkan siasatan ke atas Karen Dior ni. Sementara pihak polis menyiasat isu ni, warganet kita pun buat siasatan diorang sendiri.

Di Twitter, ramai dah tau siapa sebenarnya Karen Dior ni. Diorang cuma sebut nama depan dia je, iaitu Kerry. Manakala ada jugak yang mengaitkan Kerry dengan usahawan Shaz tu, yang sebenarnya merupakan anggota kerabat diraja Pahang. Ada jugak mendakwa bahawa diorang ni memang dah kenal antara satu sama lain dan dikatakan bahawa Kerry ni pengarah sebuah syarikat pembalakan yang berpusat di Selangor.

Identiti penuhnya tak disebutkan dalam Twitter, namun yang pasti, pihak polis dah berjaya temui Karen atau Kerry ni. Berdasarkan laporan FMT, ketua polis Dang Wangi Noor Delhan Yahaya mengesahkan Karen Dior dah dikompaun atas dua kesalahan. Kesalahan pertama, tak daftar masuk guna Mysejahtera. Kesalahan kedua, tak pakai topeng pelitup muka di dalam premis perniagaan.

“Pada pagi 31 Okt, tindakan kompaun di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 dikeluarkan kepada wanita tersebut berjumlah RM3,000 bagi dua kesalahan yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500,”- seperti yang dilaporkan FMT

Kami harap isu ni akan menjadi iktibar kepada semua, termasuklah golongan kayangan dan mana-mana individu bukan berwarganegara Malaysia agar terus mengikuti peraturan-peraturan yang dikenakan dalam negara. Bak kata peribahasa, “di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung.” Tak harus jadi alasan ‘negara bebas’ atau apa-apa lagi slogan yang lahir dari luar negara, selagi tak menepati peraturan dalam Malaysia ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *