Entertainment

“Buang masa bod0hkan orang” – Cat Farish ‘sound’ Zarol Zarif, bengang kena prank

SIKAP YouTuber dan penyanyi Zarol Zarif yang tidak serius ketika sesi rakaman di studio menimbulkan kemarahan penyanyi rap Cat Farish.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan ‘content’ untuk saluran YouTube miliknya.

“Saya ini bila bekerja memang serius dan tak suka main-main yang membuang masa. Bukanlah bermaksud tak boleh bergurau langsung waktu kerja.

“Ada masa kita bergurau dan main-main tapi bila waktu betul-betul kerja itu kenalah serius. Dia datang studio ikut masa yang dah ditetapkan itu dah bagus dah.

“Tapi bila nak mula buat rakaman itu, dia boleh pula nak create content prank saya untuk saluran YouTube dia tanpa pengetahuan saya.

“Sepatutnya bila dah masuk studio untuk bekerja bukan nak buang masa saya dengan content prank!” kata kepada mStar.

Bukan dia saja, tapi ada juga sesetengah YouTuber yang suka buat hal juga,

Cat menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) pada malam Isnin meluahkan rasa berang terhadap seorang YouTuber yang datang studio hanya untuk membuang masanya.

Tanpa menyebut nama individu tersebut, ahli kumpulan Ruffedge menasihati YouTuber yang juga penyanyi itu menghormati masa orang lain.

Dalam pada itu, Cat turut memberi nasihat kepada Zarol dan juga pendatang baharu yang ingin mengejar populariti tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Zarol yang juga seorang YouTuber diminta lebih serius jika ingin berada dalam industri seni.

“Bukan dia saja, tapi ada juga sesetengah YouTuber yang suka buat hal juga, Tak payah la nak tunjuk sangat kehebatan dia dekat YouTube tu.

“Nasihat saya untuk dia dan pendatang baharu ini, janganlah terlalu mengejar sangat content untuk kepentingan sendiri sehingga tak sedar menggores hati orang.

“Buat sesuatu perkara yang sampai tak kisah tentang perasaan orang lain… macam perbodohkan dan membuang masa orang,” ujarnya.

“Kenapa nak marah, video itu tak upload di YouTube“ – Zarol Zarif sudah selesaikan isu prank Cat Farish tanpa kebenaran

SUSULAN luahan kemarahan penyanyi rap Cat Farish, bekas peserta Akademi Fantasi 2016 tampil menjelaskan perkara sebenar.

Hairan dengan pendedahan itu, Zarol atau nama sebenarnya Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle berkata isu antara mereka sepatutnya sudah diselesaikan pada ketika itu.

Bagaimanapun penyanyi berusia 29 tahun ini menghormati Cat yang tetap menyiapkan kerja biarpun berdepan dengan masalah.

Cat berang dengan sikap Zarol tidak serius ketika bekerja.

Cat berang Zarol buat prank ketika sesi rakaman.

“Sejujurnya saya tak tahu kenapa abang Cat cakap macam itu sedangkan video prank itu saya tak upload dekat mana-mana pun.

“Saya faham kenapa abang Cat marah tapi kenapa dia nak bangkitkan semula isu itu sebab semuanya dah selesai waktu itu juga.

“Apa-apa pun, saya hormat dengan abang Cat. Walaupun ada isu antara kami tapi dia tetap profesional selesaikan kerja,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Cat menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) meluahkan rasa berang terhadap seorang YouTuber yang datang studio hanya untuk membuang masa.

Sebelum ini, kita tahu semua lagu-lagu yang dia terbitkan orang senang nak terima.

Tanpa menyebut nama individu tersebut, penyanyi berusia 47 tahun ini menasihati YouTuber yang juga penyanyi itu menghormati masa orang lain.

Cat ketika dihubungi mStar mengakui dia berasa berang dengan Zarol Zarif yang tidak serius ketika sesi rakaman di studio.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan ‘content’ untuk saluran YouTube miliknya.

Zarol tampil dengan lagu terbaharu berjudul Kan Kan.

Dalam pada itu, Zarol memberitahu dia memilih Cat untuk bekerjasama menerusi lagu terbaharunya berjudul Kan Kan kerana meminati hasil kerja ahli kumpulan Ruffedge tersebut.

“Saya memang minat hasil kerja abang Cat. Sebelum ini, kita tahu semua lagu-lagu yang dia terbitkan orang senang nak terima.

“Lagu-lagu dia pun jenis yang catchy dan sedap untuk didengari… sebab itu saya pilih dia. Saya pun dah tiga tahun tak keluar lagu.

“Untuk buat comeback, saya pilih orang yang betul-betul sesuai. Sebab itu saya pilih abang Cat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.