Amalan

Dihantui harga siakap ‘y4hudi’, peniaga dedah hasil terkini jualan siakap ‘melayu’ di Langkawi

Jualan ikan siakap di pulau ini tidak terjejas susulan tular harga siap masak ikan itu di sebuah restoran yang mencecah RM1,196.80 sejak tiga hari lalu.

Tinjauan di Pasar Awam Kuah di sini, mendapati urus niaga siakap berjalan seperti biasa dengan orang ramai membeli pada harga RM16 sekilogram.

Peniaga, Shahabudin Mohd Ali, 53, berkata, jualan siakap di gerainya seperti biasa, malah ada peniaga membeli lebih bagi menampung permintaan sempena cuti sambutan perayaan Deepavali.

“Rata-rata harga jualan ikan siakap di pasar ini RM16 sekilogram dan ia lebih rendah berbanding RM18 sekilogram beberapa bulan lalu.

“Ya, permintaan (siakap) tidak terjejas walaupun isu siakap mahal dibincangkan meluas dalam media sosial,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Pemborong ikan, Azizan Mat, 48, berkata, dia membekalkan purata 150 kilogram siakap sehari kepada restoran sekitar Kuah dan Pantai Chenang.

“Memang ada kawan tunjuk pada saya berita mengenai siakap mahal dalam Facebook, tapi jumlah siakap yang saya jual tidak berkurang sejak tiga hari lalu.

“Mengenai harga mahal di restoran itu, saya tak boleh ulas sebab harga di situ untuk siakap hidup, tapi saya jual siakap sudah mati,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran di pulau ini dikejutkan dengan harga siakap yang didakwa RM1,196.80.

Jika harga sudah dinyatakan awal, peniaga sebenarnya tak salah, kata Pensyarah Fiqh Makanan Semasa

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesalahan dalam Islam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya Islam atau bukan Islam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.

“Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira kos keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah Islam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatuhkan periuk nasi pihak lain.

“Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu halal haram serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatuhkan periuk nasi mereka.

“Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatuh fitnah,” katanya.Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpuas hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *