Uncategorized

“Mungkin sampai jumpa yg..” Ezlynn beri respon apabila ramai pulak yg minta utk bermadu.

Terdahulu penyanyi Ezlynn ada menyatakan hajatnya untuk melengkapkan ‘madu 4’ buat suaminya itu.

Selepas ramai mengetahui perkara itu, Ezlynn menerima banyak respon daripada golongan wanita berkenaan kenyataannya yang mahu mencari madu (isteri) buat suaminya, Wan Hafizam.

Ezlyn berkata, ramai yang menawarkan diri dan perkara ini sesuatu yang positif.

“Buat masa ini saya tak nak berkongsi lanjut lagi, namun tak dinafikan ramai yang DM (mesej terus) di Instagram saya. Saya akan terus buka peluang kepada mereka yang berminat. Sampai bila itu saya pun tak pasti, tapi mungkin sampai jumpa yang betul-betul sesuai. Suami pun bersetuju dengan keputusan ini kerana ia satu langkah terbaik,” katanya.

Terdahulu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mengejutkan peminatnya apabila tampil memberitahu hasrat itu, baru-baru ini.

“Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.

“Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju ‘jannah’ (syurga). Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu,” katanya.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.

“Hidup bermadu pastinya ada hikmah dan banyak kebaikan untuk wanita. Banyak je yg poligami yg saya lihat mereka bahagia. Dan banyak je yang tidak berpoligami dan tidak bahagia,”


“Nak cari madu carilah yang boleh ada zuriat,”

“Bagus. Awak tak pentingkan diri..sape yg kecam awak tu semoga dia dapat madu juga..padan muka..”

“Poket tebal boleh la cite madu manis. yg pokek koyak ni cite sengat madu dah le,” ujar rata-rata netizen.

Keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya selain mahu mencari ‘saham akhirat’.

Ezlynn berkata, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya.

Perkenalan Ezlynn dan suami, Wan Hafizam bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *