Entertainment

“P4dam foto tidak bertudung di Instagram” Kenali Anis Sofea bakal isteri Haqiem Rusli

BEBERAPA hari lagi penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Anis Sofea.

Gosip hubungan cinta antara Haqiem dan Anis Sofea bukan perkara baharu apabila netizen sebelum ini pernah mengaitkan mereka sedang bercinta.

Namun pada ketika itu kedua-dua mereka masih mengunci mulut sehinggalah baru-baru Haqiem berkongsi hasrat untuk berkahwin pada Jumaat, 19 November ini ketika muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) Sabtu lalu.

Bagai pinang dibelah dua, rata-rata netizen memuji keayuan gadis berusia 19 tahun ini lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.

Berikut adalah trivia bakal isteri Haqiem Rusli.

– Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

– Berumur 19 tahun, keluarga gadis ini berasal dari Kelantan.

– Anis Sofea menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

– Merupakan seorang selebriti media sosial dengan memiliki hampir 41,000 pengikut di Instagram.

Menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju

– Anis Sofea mula bertemu dan berkenalan dengan Haqiem atas urusan perniagaan.

– Anis Sofea juga merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

– Mereka berkawan selama hampir dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.

– Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.

– Anis Sofea juga sudah memadam foto dan video lama di Instagram. Buat masa ini dia hanya berkongsi dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya itu.

Ruangan komen mula dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen sejak Haqiem berkongsi berita berkenaan di ABPBH34 Sabtu lalu.

Anis Sofea bakal mendirikan rumah tangga besama Haqiem pada 19 November depan.

– Ramai netizen memuji Anis Sofea kerana dikatakan mirip dengan wajah pelakon Hanis Zalikha.

– Busana pernikahan mereka direka khas oleh Razman Razmi manakala pereka fesyen Rizman Ruzaini diberi kepercayaan untuk menghasilkan pakaian untuk malam resepsi.

– Haqiem menghadiahkan sebuah lagu khas untuk bakal isterinya itu berjudul “Hitam saksi putih”.

Haqiem pertahan trofi Penyanyi Lelaki Popular

Penyanyi Haqiem Rusli mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Dengan kemenangan itu, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, mengetepikan empat calon lain iaitu Khai Bahar, Amir Masdi, Naqiu dan Azzam Sham.

Haqiem yang dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 33 berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerja keras kelab peminat, Qiemilio.

“Walaupun ada segelintir peminat patah hati dan berhenti daripada mengikuti saya di Instagram (IG) selepas mengumumkan bakal berkahwin, namun, masih ramai lagi yang beri sokongan tidak berbelah bahagi.

“Ini bukanlah kemenangan mudah seperti yang ramai sangka. Walaupun saya pernah memenangi anugerah ini tahun lalu, kami ‘struggle’ mempertahankan gelaran itu.

“Ini kerana saingan terdekat saya, Khai Bahar tidak kurang hebatnya,” katanya kepada BH Online.

Haqiem berkata, setiap kali merangkul trofi, dia lebih memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Setiap kali menangi trofi, saya anggap ia suatu tanggungjawab cukup besar kerana peminat meletakkan seluruh kepercayaan kepada kita.

“Sama seperti tahun lalu, bagi meraikan kejayaan dan jika keadaan mengizinkan, saya ingin menganjurkan ‘showcase’ secara fizikal atau virtual untuk peminat,” katanya.

Pada malam kemuncak ABPBH 33, Haqiem yang popular dengan lagu Mimpi merampas trofi daripada Khai yang mendominasi kategori Penyanyi Lelaki Popular bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

Haqiem juga membawa pulang trofi kategori online, Lagu Paling Boom.

Pada edisi lalu, Haqiem memperoleh 22,332,676 undi yang melayakkan dirinya diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 33.

Leave a Reply

Your email address will not be published.