Amalan

“Punca dia kecik je” – Wanita Simbah Air Dekat Pak Guard & Rider

Bengang kerana pesanan tidak boleh hantar ke depan pintu, seorang wanita membuat satu tindakan yang telah mengundang kemarahan warganet.

Ia selepas perbuatan tak ada sivik itu dirakam oleh seseorang sebelum video itu viral setelah di kongsikan ke Facebook.

Kat negara lain termasuk China ni boleh, kenapa Malaysia susah sangat!”

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 November 2021 lepas, dilihat seorang wanita menyimbah air boba yang ditempah menerusi perkhidmatan penghantaran makanan secara atas talian kepada pengawal keselamatan dan penghantar makanan itu disebuah residensi.

Guard Kena Simbah AirSumber: Facebook
Menurut pengirim yang dikenali sebagai Micheal Cheang,ia berpunca kerana wanita tersebut bengang pesanannya tidak boleh dihantar ke hadapan pintu kerana peraturan disitu telah menetapkannya. Rasanya memang mana-mana tempat pun kena turun ambil pesanan masa musim pandemik kan?

“Saya menerima video ini pagi tadi (27 November 2021), dan saya mewakili syarikat kami M-Forces Security untuk mengumumkan selok-belok kejadian ini,”

Katanya lagi, insiden itu berlaku pada jam 8 malam, pelanggan wanita dari China tersebut berkeras suruh penghantar menghantar pesanannya ke depan pintu rumahnya, kata Cheang menerusi perkongsiannya.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan menolak permintaannya pada masa itu dan menyatakan bahawa mengikut SOP, tiada kebenaran penghantar berbuat demikian.

Guard Kena Simbah Air 2Sumber: Facebook
Apabila orang penghantaran menelefon dan menerangkan perkara tersebut kepada pelanggan, mereka berdua dipercayai kena marah.

“Selepas beberapa ketika, dia turun dengan marah dan berkata, ‘negara lain termasuk China boleh buat, kenapa Malaysia macam ni! ‘. Dia tidak menerima penjelasan daripada pengawal keselamatan dan menyelar mereka berdua,”

Maka terjadilah kejadian seperti di dalam video ini, mereka berdua disimbah teh boba sebelum berlalu pergi. Walaubagaimapun, kedua-dua mangsa dilihat begitu tenang.

Oleh itu, Cheang memuji dengan sikap profesional pekerja tersebut dalam mengendalikan pelanggan yang bersikap panas baran dan tekun dalam menjalankan tanggungjawab.

Dia juga memesan agar sentiasa bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan petugas-petugas barisan hadapan ini. Video ini telah meraih 61K jumlah tontonan dan lebih dari 2,000 jumlah perkongsian dalam masa sehari ia dimuatnaik.

sumber: lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.