Uncategorized

Lelaki B*gel Panjat Lori Macam Spiderman Tvlar

Aksi seorang lelaki berb0gel sambil memanjat sebuah lori yang sedang berhenti tular di media sosial.

Menerusi ciapan video yang dikongsikan pemilik akaun Twitter @rudyakhbar_, seorang lelaki dalam keadaan berb0gel sedang melekap pada bahagian hadapan sebuah lori sambil menjerit-jerit.

Lagak seperti watak adiwira Spiderman itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya risau dengan kelakuannya.

“Fuh, berani mengeluarkan pistol di khalayak ramai. Abang driver lori tu confirm trauma seumur hidup,” ciap seorang pengguna.

“Untunglah driver lori tu, dapat tengok Spiderman deleted director cut scene depan-depan,” seloroh pengguna lain.

“Inilah Spiderman masuk Malaysia,” tambah pengguna lain.

“Semalam dekat Kuantan ada perempuan b0gel ketuk kereta orang dengan besi, ini apa pula?” soal individu lain pula.

Difahamkan pihak berkuasa juga telah dihubungi dan orang awam segera bertindak menahan lelaki terbabit yang kemudiannya kelihatan seolah-olah cuba menyembunyikan diri di bawah sebuah kereta.

Ramai yang menantikan perkembangan terkini situasi sebenar yang berlaku kepada lelaki berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *