Uncategorized

Tvlar Calon BN PRN Melaka Macam Tak Faham Bahasa Kebangsaan, Ini Reaksi Tuan Badan

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying, menafikan beliau tidak fasih berbahasa Melayu.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak salah faham dengan video pendek berdurasi 58 saat yang tular di media sosial, menunjukkan dia ‘terpinga-pinga’ dan tidak dapat menjawab soalan ketika ditemubual oleh wartawan.

Wakil daripada parti MCA berusia 29 tahun itu berkata, beliau boleh berbahasa Melayu, namun ketika kejadian terdapat sedikit masalah sehingga perkara berkenaan timbul.

“Semalam, terdapat satu video yang tular di media sosial cakap saya tidak faham bahasa Melayu.

“Sebenarnya, saya faham (bahasa Melayu) mungkin ada sedikit masalah sehingga timbul video seperti ini. Jadi saya berharap, masyarakat di Kesidang, terutama pengundi tidak salah faham mengenainya dan berikan sokongan kepada saya,” katanya menerusi satu video pendek.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro menghubungi Leong bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Leong berdepan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Patrick Ng Chin Kae dan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Terdahulu Tular di media sosial berkaitan calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying yang tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Berdasarkan video yang berdurasi 58 saat tersebut, Hui Ying ditanyakan beberapa soalan dalam bahasa Melayu oleh pengamal media namun tidak dapat dijawab.

Berdasarkan ciapan @Gang_Utara di Twitternya memaklumkan, Hui Ying merupakan bekas pelajar di Puey Fong High School Melaka iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina, UEC.

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pertuturan di Universiti Shih Hsin, Taiwan.

“I will try my best (saya akan cuba yang terbaik),” respon beliau ketika ditanya soalan bagaimana ingin bersaing dengan senior di dalam politik ini.

Menurut pengguna Twitter, @meldflique, tidak seharusnya negara untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang tidak reti bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Ia umpama kontrak sosial dahulu yang langsung diinjak-injak (dipijak),” ujarnya.

Video:

Komen Netizen:

“Kita dah start kena ada matapelajaran Mandarin dah kt sekolah. Nk kejer pun rata kena ada bahasa mandarin”

“Pengundi BN: YB saya mahu minta bantuan, tolong sama saya orang susah, mahu beli susu anak tiada duit.
YB : I Ermmm. Bangang lah siapa pilih calon macam ni”

“Sebagai wakil rakyat yang akan berbahas dalam dewan negeri mana mungkin x boleh bertutur dalam bahasa rasmi negara dengan baik. Siapa yang pilih beliau sebagai calon? X de temuduga calon dulu ka?”

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *