Hiburan

“Aku tak peduli la kau siapa pun” Anju tiba2 naik angin sampai baling botol kat Zed Zaidi

TEKNIK penggunaan gimik bagi mempromosikan produk seperti yang dilakukan pelawak Tauke Jambu dianggap sebagai satu trend terkini dan kreatif.

Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, apa yang dilakukan pelawak itu dianggap memperbaharui zaman dan membantu melariskan produk miliknya dengan cara tersendiri.

“Memang trend macam tu skarang, tapi jangan samakan dengan video saya semalam, itu bukan gimik.

“Itu dia (Tauke) punya marketing dan produk dia tu mungkin ada kena mengena dengan perkahwinan.

“Bagi saya perkara ini memperbaharui zaman, mungkin dengan cara ini lagi laku dan dapat tumpuan lagipun dia pelawak, lebih kreatif la,” ujarnya kepada mStar.

Zed diminta mengulas tentang isu marketing yang dilakukan segelintir selebriti bagi melariskan produk jualan mereka.

Pada 23 November lalu, tular video TikTok kononnya Tauke berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita dikenali sebagai Shu sehingga mengundang kecaman netizen.

Beberapa hari kemudian, pelawak itu memuat naik video iklan penuh dia dan wanita berkenaan melakonkan babak pernikahan bagi mempromosi produk kesihatan.

Saya bersifat profesional, kebetulan masa tu tengah tegang fasal kes dia masa PKP tu jadi aku tepek la dulu

Sementara itu, mengulas tentang video TikTok memperlihatkan dia menegur pelakon kontr0versi Zarina Anjoulie dalam sebuah program, Zed berkata ia bukan satu gimik yang disengajakan.

Kata Zed, dia menggunakan peluang menjadi tetamu undangan dalam program YouTube yang dikendalikan Zarina dan Tauke Jambu itu dengan menegur sikap pelakon berkenaan yang sering menimbulkan kekecohan netizen.

“Sebenarnya semalam saya hanya dipanggil sebagai panel program bual bicara di saluran YouTube, saya tak tahu yang Anju (Zarina) adalah salah seorang host dalam program tersebut.

Zarina Anjoulie didakwa sering mencetuskan kontroversi dan perbalahan sesama artis.

“Dalam program tu kupas fasal isu komen nitizen yang negatif sampai orang lain boleh terpengaruh, isu PKP, isu persatuan dan isu yang kes Anju dan artis artis lain.

“Dia pula banyak kontoversi masa PKP, ada kes saman menyaman. Apabila ada kes macam tu orang akan buat aduan pada saya,” ujarnya.

Menerusi perkongsian Zed Zaidi di Instagram miliknya, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul membaling botol kepada Zed Zaidi disebabkan bengang dengan apa yang diperkatakan.

Selepas dipujuk oleh pihak produksi, aktres tersebut kembali reda dan meneruskan semula perbincangan dalam program tersebut secara profesional.

Bagaimanapun netizen berpendapat insiden kekecohan itu hanyalah gimik yang dirancang demi menagih perhatian.

“Aku tak peduli la kau siapa pun kalau aku sound aku sound tepek je sound depan depan je baru gentel!!!”

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *