Uncategorized

“Beli basikal berbelas ribu, gadai 0tak rasannya ni” Geng ‘biker’s’ pula persenda OKU

PETALING JAYA – Selepas video lelaki berlakon menjadi orang cacat bagi meletakkan kenderaan di petak khas golongan orang kurang upaya (OKU), kini giliran beberapa orang wanita pula mempersendakan OKU.

Kelakuan wanita-wanita itu yang dirakam melalui video berdurasi sembilan saat turut tular di media sosial.

Melalui video tersebut, dua orang wanita berpakaian seperti penunggang basikal berlakon sebagai orang c4cat untuk menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.

Turut kedengaran suara perakam dan wanita terbabit bergelak ketawa dengan kelakuan tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengec4m tindakan wanita terbabit dan menyifatkan kelakuan itu mem4lukan.

Tolong jangan persendakan mereka

Justeru itu, ruangan komen di media sosial kedua-dua posting tersebut telah dihujani dengan kecaman daripada netizen yang berang melihat tindakan kurang cerdik penunggang-penunggang basikal berkenaan.

Mereka juga merasakan video gurauan yang agak keterlaluan itu sangat biadap kerana mempersendakan golongan OKU.

“Beli basikal berbelas ribu, gadai otak rasanya mereka ini,” kata Pidoih.

“Spesis begini, mereka lupa bahawa bila-bila masa sahaja mereka boleh tergolong dalam golongan OKU. Tak kerana penyakit, kemalangan. Memperlekehkan manusia, ambil hak golongan OKU. Kena pada diri sendiri atau ahli keluarga sendiri baru mereka tahu,” kata Abdul Tony.

“Eloklah tu perangai. Berseronok, kemudian sambung ‘ride’ semula. Kalau tiba-tiba terlibat kemalangan masa ‘ride’, alami kecederaan kekal, benda yang dibahan jadi kenyataan. Nak tengok masih mampu gelak atau tidak,” kata Azazil.

“Sumbing lelangit dan masalah pertuturan” Lepas kena sound dgn Ras Adiba, barulah pemuda dalam video berlakon cac4t cerita perkara sebenar

SEORANG daripada dua pemuda dalam video berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) tampil memberi penjelasan berhubung video kontroversi.

Video berdurasi 37 saat yang tular itu mendapat kecaman ramai selepas berpura-pura berlakon sebagai OKU semata-mata untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk OKU di sebuah pusat beli-belah.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Noriswan Ishak berkata, seorang rakannya yang berlakon seperti orang cacat di dalam video tersebut sebenarnya bukan pemegang kad OKU.

Sebaliknya, kata Iswan, rakan lelakinya yang berusia 26 tahun itu hanya mengalami sumbing lelangit dan masalah pertuturan.

“Kawan saya bukan OKU, dia cuma sumbing. Dia tak ada masalah tangan dan kaki macam dalam video.

“Semuanya sekadar lakonan. Saya yang rancang dan minta dia berlakon sebagai OKU,” katanya pemuda berusia 29 tahun itu ketika dihubungi.

Lebih dikenali sebagai ‘Dak Ayam’ di media sosial, Iswan mendakwa pada asalnya video tersebut dibuat untuk menyampaikan teguran mengenai sikap segelintir masyarakat yang sering meminggirkan golongan OKU.

“Orang-orang OKU di mata segelintir masyarakat, kejap ada, kejap tak ada. Saya sendiri ada kenalan dan pengikut di laman sosial dalam kalangan OKU, dan mereka meluahkannya.

“Contohnya parking untuk OKU, ada masyarakat yang bukan OKU menyalahgunakan parking OKU. Ada yang selamba je guna parking OKU atau sanggup berlakon sebagai OKU.

“Video tu untuk beri mesej mewakili OKU. Kalau OKU bersuara, kadang-kadang orang kita akan memperlekehkan mereka. Sudut pandangan mereka seperti disisihkan,” katanya yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan.

Bapa kepada seorang anak itu bagaimanapun mengakui dirinya terlepas pandang untuk mengakhiri video tersebut dengan nasihat atau larangan kepada masyarakat.

“Saya akui ada sesuatu yang terlepas pandang kat hujung video. Patutnya saya nak beri amaran bahawa perangai seperti lakonan di dalam video adalah tidak baik untuk dilakukan.

“Tapi saya terlepas pandang, mesej saya mungkin tak sampai sebab tak lengkap. Saya minta maaf sebab salah saya.

“Ia bukan disengajakan, sebab tempat letak kereta di dalam video itu pun bukanlah parking OKU tapi ia sebenarnya untuk orang awam.

“Saya minta maaf sekiranya tindakan kami telah menyinggung perasaan komuniti OKU. Tapi realitinya dalam video tu berlaku dalam masyarakat kita,” ujarnya sambil menambah pernah membuat beberapa video di aplikasi TikTok bagi mewakili individu tertentu yang mempunyai kekurangan diri.

Iswan berhasrat untuk bertemu Ras Adiba bagi membantu golongan OKU. foto instagram rasdibaradzi

Iswan yang merupakan pekerja kilang itu turut menyedari pandangan yang dilontarkan oleh Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menyelar tindakannya bersama rakan sebagai biadab.

“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk bertemu dengan Datuk Ras Adiba untuk membincangkan mengenai hasrat saya untuk ke depan bagi membantu golongan OKU.

“Niat saya untuk membantu OKU, seperti menggunakan platform aplikasi TikTok. Apa yang boleh lakukan di pihak saya, saya akan cuba bantu,” katanya.

Terdahulu, Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial beliau turut memberi amaran kedua-dua pemuda itu dengan mendesak supaya mereka membuat memohon maaf kepada komuniti OKU.

Kecoh pemuda berlakon cac4t, salah guna parking khas… Ras Adiba beri amaran, desak minta maaf kepada semua OKU!

Video tersebut turut mendapat perhatian daripada, Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menyelar tindakan kedua-dua anak muda itu sebagai biadab.

Malah, Ras Adiba yang merupakan Presiden Persatuan OKU Sentral turut memberi amaran dengan mendesak supaya kedua-dua pemuda itu memohon maaf di atas perbuatan mereka.

“Saya ingin memberi amaran kepada saudara Iswan dan juga Ajim. Kalian telah mempersendakan dengan menggunakan parking OKU dan berlakon diri anda sebagai OKU.

“Saya mohon supaya kalian berdua meminta maaf kepada semua komuniti OKU di negara kita. Sudahlah kami susah, kamu semua selalu memandang rendah kami, dan menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk kami.

“Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempersendakan kami. Sila mohon maaf kepada OKU,” tegas Ras Adiba menerusi video yang dikongsi di laman sosial milik beliau, petang Rabu.

sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *