Hiburan

“Kami tunggu sehingga pukul 4 petang” Punca sebenar pembeli aset Sajat RM132,000 lari di dedahkan

PETALING JAYA – Lelongan aset peribadi usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Jalan Polo, Kota Damansara dekat sini bertukar kecoh apabila pembida yang berjaya membeli 40 aset usahawan kontroversi itu lesap dan gagal dikesan setakat malam tadi.

Peguam Zati Zulkifli daripada NHA Advocates & Solicitors yang mewakili bekas stokis terbesar Sajat, OWA Resources Sdn. Bhd. memberitahu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad ­Syazwan itu hilang selepas mengatakan mahu mengambil wang di bank.

“Kami tunggu sehingga pukul 4 petang, namun dia masih tidak muncul. Kami kemudian hubungi mahkamah untuk dapatkan tarikh baharu arahan bagi melelong aset Sajat,” katanya kepada Kosmo!.

Beberapa barang Sajat di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya dekat sini akan disita hari ini.
Tambahnya, mahkamah akan menetapkan tarikh baharu dalam tempoh tujuh hari mulai semalam.

Menurut Zati, keadaan ini menjadi masalah kerana ramai lagi yang ingin membida.

“Sebelum hilang, lelaki itu meletakkan deposit sebanyak RM5,000 dan ia akan dimasukkan ke dalam wang pampasan hasil jualan,” katanya.

Terdahulu, proses lelongan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan kira-kira 30 orang datang selepas berminat dengan lelongan tersebut.

Difahamkan, rumah itu kini didiami oleh ibu bapa kandung anak angkat Sajat termasuk beberapa pembantu rumah.

Antara yang dilelong terma­suk sebuah piano jenama Young Chang bernilai RM40,000, set bilik tidur, pendingin hawa, pelbagai jenis sofa, set pinggan ­mangkuk, lampu gantung, peralatan elektrik dan lain-lain.

Lelongan itu mencerminkan cita rasa Sajat yang suka kepada barangan berjenama dan mewah sesuai dengan perniagaan yang diusahakan sebagai penjual pelbagai jenis produk berkaitan penjagaan diri.


Set bilik tidur Sajat.
Hanya lapan orang dibenarkan masuk pada satu-satu masa dan acara itu berjalan dengan lancar dengan Muhammad Syazwan dipi­lih sebagai pembida utama.

Dia berjaya membuat bidaan paling tinggi ke atas 40 barangan yang dilelong.

Ada juga individu yang pulang hampa apabila tidak dibenarkan membuat bidaan kerana hendak membeli satu atau dua barang.

Bagaimanapun, nilai lelongan itu masih belum mencukupi se­perti yang dituntut oleh anak guamnya sebanyak RM200,000.

Piano kepunyaan Sajat merupakan antara aset yang dijual.

“Bidaan lelongan itu bermula daripada harga RM77,600 sebelum berakhir pada harga RM132,000 selepas melalui enam kali pusingan.

“Proses lelongan disertai lapan pembida. Selepas melalui beberapa pusingan, akhirnya kita memuktamadkan seorang lelaki menjadi pemilik baharu aset Sajat dengan harga RM132,000,” kata Zati.

Tambahnya, masih ada baki RM50,000 yang perlu dituntut. Langkah seterusnya ialah pihaknya akan menilai semula tindakan selanjutnya.

Sementara itu, bekas stokis utama Sajat, Nurwati Hussin, 41, berkata, dia akan berbincang de­ngan peguam untuk proses selanjutnya.

Pada November lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Sajat di­sita bagi menuntut pampasan RM200,000 untuk dibayar kepada bekas stokis utamanya.

Dalam pada itu netizan tampil memberi pelbagai pendapat dan teori masing-masing

“Mengikut ramalan saya, bidder semalam cuba utk naikkan harga melebihi 200K, dengan harapan ada bidder lain yg bid lebih tinggi dari harga yg dia letak”

Lelongan harta Sajat belum cukup bayar pampasan

Petaling Jaya: Harta Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berjaya dibida dengan nilai RM132,000 tidak memenuhi jumlah sebenar pampasan dituntut OWA Resources Sdn Bhd sebanyak RM183,000.

Peguam, Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors berkata, pihaknya akan berbincang bersama anak guam untuk tindakan lanjut bagi menyelesaikan baki pampasan berjumlah RM51,000.

“Proses lelongan awam di premis No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara ini bermula jam 10.30 pagi. Pembida yang berminat perlu membuat bayaran deposit RM5,000 sebelum dibenarkan masuk dan dibawa melihat barangan pada jam 11 pagi.

“Seramai lapan pembida menyertai proses lelongan membabitkan 40 barangan dengan harga bidaan bermula dari RM77,650.

“Seorang pembida berjaya memperoleh semua barangan dilelong itu pada harga RM132,000,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik selesai lelongan awam di kediaman milik Nur Sajat di sini, hari ini.

Antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 dan termurah pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.

Zeti berkata, pembida perlu mengeluarkan kesemua barangan berkenaan secepat mungkin mengikut tempoh yang dipersetujui bersama tuan rumah.

ZETI (kiri) bersama anak guamnya, Nurwati (kanan) ketika sidang media selepas proses lelongan aset Sajat. FOTO Hairul Anuar Rahim
Sementara itu, Nurwati Hussin, 41, dari OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat berpuas hati dengan proses lelongan yang diadakan itu.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan peguam mengenai jumlah yang diperoleh dalam lelongan berkenaan.

“Jika tidak mencukupi, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya dan saya akan bincang dengan peguam supaya dapat satu jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu membenarkan harta usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disita dan dilelong susulan kegagalannya membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak plaintif menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar oleh Muhammad Sajjad melalui proses penyitaan.

Sajat Tak Kisah Aset Dilelong, Tak Meratap Sedih Pun

Menerusi satu sesi Live pagi tadi, Sajat berkata dia tidak kisah asetnya akan dilelong kerana apa yang penting dia kini mahu meneruskan kehidupan barunya di Australia

“Saya tak ada di sana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu. Sebagai manusia pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti.

“Syukur saya dapat melihat semua ini ketika saya masih hidup cuma saya tidak menetap di sana. Bagi saya, saya dah mati di Malaysia. Tak perlu fikirkan apa yang berlak di sana,” katanya.

Kata Sajat lagi, dia tidak bersedih dengan keputusan tersebut. Ujarnya lagi, apa yang membuatkan dia menangis apabila rindukan kedua anak angkatnya.

“Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan. Saya bersyukur apa yang berlaku.

“Tak payah nak sedih-sedih benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, duit kami yang kena lelong tu.

“Kami teriak sebab kami rindu suasana Malaysia dan rindu anak-anak. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jadi penduduk tetap di sini, kenapa nak sedih eh?” katanya.

Senarai lengkap harta Sajat yang dilelong… piano paling mahal!

Wow! Cantik betul perabot Sajat.

Ini senarai harta Sajat yang dilelong… Seorang lelaki berjaya bawa pulang 39 barang dengan bidaan RM132,000

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *