Amalan

Lepas Aku Berjaya Buat Bf Aku Dan Isterinya Bceraai, Isterinya Msh Merayu Nk Bf Aku Lg. Kesian Tengok, Mcm Prm Murahan

Foto sekadar hiasan.Salam admin, minta siarkan kisah saya dan hidekn fb saya..kisahnya begini, saya bercinta dengsn suami orangg dan sekarang sudahpun berceraai dengan wife dia pada dec 2016..sudah agak lama dari tahun lepas bulan 4..permulaannya lelaki yang bernama A tu yang sering kacau saya dan mengusik saya, macam nak mengorat la jugak.

Mula mula saya jual mahal tapi lama kelamaan saya pun lemah dengan dia..dan sudah beberapa kali terlanjur dengan A..selama itu jugak wife A ni bertahan dengan A walaupun tahu saya mempunyai hubungan dengan A ni..

sebab nak pertahankan rumahtangga, kesian ke anak2 yang berumur setahun dan 2 tahun..pernah berjmpa dengan wife A dan saya sendiri xmampu nak tinggalkan A sebab hati dan perasaan saya kat A terlalu kuat..dan A pun memang sayangkan saya.

.bukan wife dia, kau saya jadi wife dia dah lama undur diri sebab suami dah ada orang lain..

tapi wife dia macam xde maruah pulak..menuggu kat suami yang dah ada orang lain..sedangkan A bagi tahu saya, dia dah tawar hati dengan wife dia kerana mulut wife dia suka membebel kat dia..

yang ni memang saya akui wife dia mulut agak celupar sebab mase saya mula2 kantoi berhubungan dengan A pun wife dia msj m4ki2 saya..hello??

X boleh bagi salam dulu ke, perlu ke m4ki saya terus..saya pun ada maruah.. Dah tu saya pernah masuk tidow di rumah A sewaktu wife dia balik Kedah, wife dia punya la pemalas.

.kain baju sampai bertimbun x lipat..bila saya tanya pada A, memang A akui wife dia seorang pemalas..

A cakap wife dia selalu bagi tau x sempat nak buat kerja rumah sebabkan anak2 yang masih kecil..

kalau pada saya tu semua alasan, xkan la waktu anak tidur xley buat krja rumahkan..

kecuali wife dia memang seorang pemalas.. Sepanjang saya berhubungN dengan A, saya diterima baik oleh family A..

mama dia, angah dia dan kak ipar dia semuanya senang dengan kehadiran saya…

katanya dorang memang x suka dengan wife A kerana perangai dia yang teruk tu,mulut dia sangat celupar, memasak pun x pandai.

.angah dia cerita ke saya yg A dipaksa kahwin dengan wife dia sebab terlanjur dan dah mngandung sebelum kahwin..

jadi kahwin pun secara koboi dengan belanja rm3000, mama A lgsung x datang berkira pun cuma cakap melalui phone…

berjumpa masa nikah je, yela..perempuan macam mane tu sebelum nikah pun dah bawah perut, memang patut la family A x suka kt dia…

sebab tu jugak la rumahtangga dorang jadi macam ni sebab awal kahwin pun dah x elokkan..bukan salah saya sebabkan keluarga A pun memang dah lama benci dengan wife A..

Masalahnya sekarang ni, saya x suka dengan wife A sebabkan sibuk kacau hidup saya..wife A siap call mak saya bagi tahu apa yang saya dek buat kat sini..

lepas tu dia cakap kat mak saya, saya punca dia berceraai..sebabkan pada hari dorang berceraai tu dorang gduh disebabkan msj yang saya hantar pada wife A..

memang saya akui saya ada msj m4ki dia, tapi dia memang layak dim4ki pun sebabnya sebelum ni pun wife A dah gtau mak saya yang saya brcinta dengan A sampaikan saya kena cari krja di tempat lain..untuk pengetahuan saya berkerja 1 tempat dengan A..

jadi sekarang ni saya kerap msj m4ki wife A sebab dia la punca saya gduh dengan A dan kena cari kerja lain..saya xfaham kenapa dengan wife A ni, xhabis2 dengki dengan saya..

x sedar lagi ke diri tu banyak salah banyak kurang, ni x asyik salahkan saya..memang dah suami dia xda hati dengan dia..

dia tu yang merayu nak kt suami dia..sekarang pun wife A merayu untuk rujuk balik..saya kesiankan dekat wife A ni sebab terdesak sangat..macam perempuan murahan..

KISAH KE 2. Aku mengaku aku seorang isteri kasar dan kurang ajar dengan suami sampai dia tawar hati dan cari perempuan lain. Selepas berceraai aku tekad nak ubah sikap, ex suami mula tertarik dengan perubahan aku tapi dia masih tak boleh buka hatinya untuk aku kembali. Aku tekad untuk jumpa mana2 ustaz untuk…..

Salam min. Saya mohon siarkan kisah saya ni. Saya dah berceraai dengan bekas suami lebih 2 tahun lepas. Gara2 orang ketiga.

Saya mengaku bekas suami saya dulu pandang perempuan lain sebab tawar hati dengan saya.

Saya mengaku dulu memang saya suka bercakap kasar dengan bekas suami dan tinggi suara dengan bekas suami. Saya juga kurang manja dengan suami.

Suami lama-lama rasa dirinya tak dihargai. Lalu tertarik dengan perempuan lain ketika menyertai outdoor activity.

Selepas 2 tahun mereka kenal, ada satu masa bergduh bila saya tau rupanya mereka masih ada hubungan, suami melafazkan ceraai.

Dan sehingga habis iddah suami tak mahu rujuk dah. Saya terima dengan redha walaupun sedih sangat.

Selepas berceraai, bekas suami sediakan semua keperluan saya. Kerana dia rasa bersalah menceraaikan saya dalam keadaan tak berkerja dan mempunya anak berumur 1 tahun lebih ketika itu.

Bekas suami sediakan rumah, dan membayar semua keperluan kami 2 beranak dan janji pada keksihnya bagi dia masa 2 tahun untuk bantu saya berdikari mencari duit sendiri.

Dan memang betul bekas suami tak pernah tinggalkan saya sendirian sehingga sekarang dan Alhamdulillah saya berjaya dalam bisnes online sudah hampir 2 tahun.

Mengenai keksih bekas suami, semasa dia mendapat tahu bekas suami belikan rumah semi D 2 tingkat untuk saya dan anak tinggal, keksihnya tak berpuas hati.

Terus keksihnya mesej saya dengan niat nak korek hal saya anak beranak. Hampir setahun dia berusaha mesej saya untuk singkirkan saya dari hidup suami, menyuruh saya baik balik duduk kampung sahaja.

Mereka pelbagai cerita dengan niat untuk saya saakit hati dan tinggalkan bekas suami sepenuhnya.

Bekas suami ada bagitahu keksihnya tidak setuju dengan tempoh 2 tahun yang diberikan. Katanya terlalu lama. Dan dia bertambah tidak puas hati apabila bekas suami siap belikan kami rumah.

Pernah juga saya membalas mesej keksih suami dengan mengatakan baru sekarang tahu macam manakan rasa saakitnya bila ada orang ketiga dalam hubungan.

Sebab ketika itu saya dikira orang ketiga dalam hubungan mereka sebab saya dah diceraaikan.

Hubungan mereka bermasalah. Suami selepas itu seolah-olah sudah kembali pada saya dan seolah-olah memberi harapan untuk kami nikah balik.

Semua masa yang dia ada semuanya dihabiskan dengan saya dan anak. Langsung tak ada sudah masa dengan keksihnya diluangkan.

Kemuncaknya, bekas suami sudah tidak boleh terima perangai keksihnya semkin menjadi-jadi yang mereka cerita bahawa mereka sudah kahwin lari semata-mata nak saakitkan hati saya.

Bekas suami nekad memutuskan hubungan dengan keksihnya serta merta ketika itu sambil memberi amaran jangan ganggu saya dan anak lagi dan terus block keksihnya dari semua medium selepas mesej memutuskan hubungan.

Dia melakukan semua itu didepan saya dan keksihnya selepas itu tidak lagi mengganggu saya.

Saya ketika itu merasakan ada harapan untuk berbaik semula dengan bekas suami.

Walaupun sampai sekarang bekas suami sudah tidak berhubung dengan keksihnya, tetapi dia tetap dengan keputusan tidak mahu nikah balik dengan saya. Saya buntu.

Sebab saya masih sayangkan dia. Dan kami masih berbaik sehingga sekarang walaupun sudah berceraai.

Selama 2 tahun berceraai, saya tak pernah ada lelaki lain dan tak pernah terfikir nak cari pengganti selain bekas suami. Sepanjang perceraaian ini, saya banyak muhasabah diri dan baiki kelemahan diri.

Alhamdulillah memang bekas suami akui saya banyak berubah menjadi lebih baik dan dia gembira dengan perubahan saya sekarang yang telah berjaya dalam bisnes dan menjadi seorang yang lebih banyak bersabar dan berlembut.

Tetapi katanya sekali dia lafazkan ceraai memang dia tak nak sambung balik. Kerasnya hatimu wahai bekas suami. Sedangkan pelbagai usaha telah saya lakukan demi menjalinkan semula ikatan pernikahan kami.

Saya telah betul-betul berubah menjadi lebih baik dari yang dulu. Sungguh saya betul-betul sayangkan bekas suami sehingga sekarang dan berdoa setiap hari semoga disatukan semula sebagai suami isteri.

Bekas suami memang terbaik bagi saya dan salah saya tidak bersyukur dahulu dan tidak betul2 menghargai bekas suami.

Dia mempunyai semua ciri-ciri seorang suami dan ayah yang baik. Sehingga sekarang pun masih menjaga saya dan anak dengan baik.

Memang kesilapan saya tidak menghargai dan memahami dia sepenuhnya dahulu.

Mohon pendapat semua apa perlu saya buat. Saya betul-betul tak dapat lupakan bekas suami walaupun dah 2 tahun berceraai.

Ada apa-apa ayat yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati bekas suami semula? Atau ada siapa-siapa boleh saya jumpa untuk meminta pertolongan seperti ustaz-ustaz bagi membantu melembutkan hati bekas suami.

Sesiapa yang ada pengalaman mohon kongsi bersama. Saya betul-betul memerlukn pertolongan. Terima kasih.

Ini antara respon neritizen untuk kisah ke 2.

Norash. Berusaha lah ambil hati dia semula, buktikan yg awak masih sygkan dia… goda dia semula, makeover sikit agar kelihatan menarik. Amalkan ayat pelembut dr alquran setiap kali lepas solat, setiap kali jumpa, boleh juga hembus pd minuman, makanan dia, doa pd Allah supaya dia terima sis semula.

Cuba google doa pelembut, bnyk ayat yg boleh diamalkan. Insyaallah lambat laun diaxakan lembut hati. Allah akan bg sesuatu pd waktu yg kita perlu, bukan bila2 yg kita mahu.

Sakura.Dah orang tanak kembali, kau buat rilek je la. Fokus dekat anak n bisnes. Untung kau ada ex yg baik jaga segala keperluan kau dua beranak.Nak apa lagi?Haih, sama2 la bersyukur

Ameel. x perlu buat ape2….biarla dia dgn kehidupan dia n kamu dgn kehidupan kamu sediri…x kira llki atau ppuan klu da tawar hati nk bersatu semula mmg 1 dlm seribu…jd jln penyelesaian jd kwn sahaja da memandai…janji nafkah ank dia x lupa atau abaikan

Ani.Sis… Silap dlm cubaan memulakan sesuatu hubungan, bila sis terlebih beria2… Jadi sis kena main tarik-tali…. Sesekali jual mahal…. Bila sis tersua2, x ada cabaran dah dr pihak dia…. Sebab dia tahu sis hidup dlm rasa serba salah dan terdesak nak berbaik…

Jd, sesekali beranilah main push and pull…. Percayalah…nanti sis akan nmpak kesan dia…. Kalau boleh, masa keluar dgn dia, cuba pegang handset dan senyum2 sikit… Bila dia tanya, cakap x ada apa lahhh….. Senyum jgn bg hilang…buat mcm sis bahagia….

Azhar. dah kata men all trash. buat apa nk balik semula. kata J kan laris meletop..bersepah bujang nk pd J. x payah lah awk nk balik pd ex. untung ada ex yg jaga awk, tp rasanya apa yg dia buat tu lebih utk nafkah anak dia jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published.