Uncategorized

Melodi Mencari Wartawan Penyiaran, Sekali Awal Ashaari Perrli Produksi Sampai Mereka Padam Posting Tersebut

Baru baru ini menerusi Instagram, pihak Melodi TV3 ada memuatnaik satu pengiklanan berkenaan jawatan kosong di dalam program tersebut. Posting tersebut mendapat reaksi daripada Awal Ashaari.

Mencari Wartawan Penyiaran

Dalam perkongsian tersebut, pihak Melodi TV3 memuat naik pengiklanan mengenai perncarian wartawan penyiaran yang akan bermula pada January 2022.

Kami mencari Wartawan Penyiaran bermula January 2022, Boleh emailkan resume

Mendapat Reaksi Awal Ashaari

Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi daripada Awal Ashaari. Awal seolah olah memerli dan menerangkan kepada umum mengenai tugas sebenar jawatan yang diiklankan itu.

Salah job title tu. Lebih tepat kalau “Kami mencari Wartawan Penyiaran AKA Wartawan lokasi AKA Floor Manager AKA Script writer host AKA driver, AKA cameraman AKA editor AKA switcher” baru betul…

Pihak Melodi TV3 Memadam PostingTersebut

Tidak lama kemudian, pihak Melodi TV3 telah memadam posting tersebut dan memuat naik satu posting baru berkenaan pengiklanan jawatan tersebut. Posting terbaharu tersebut mendapat reaksi netizen dan ada yang mempersoalkan posting terbaru tersebut.

Admin @meloditv3 ni, memang keje dia post delete pastu post balik ye?

Sebagai info, sekarang ini Nabila Huda telah menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick selepas kontrak kedua-dua pengacara itu ditamatkan lebih awal berikutan pihak Media Prima melakukan rombakan penyiaran pada Ogos 2021.

Teka-teki siapakah bakal pengganti Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai hos Melodi akhirnya terjawab selepas susuk pelakon terkenal, Nabila Huda muncul dalam rancangan siaran langsung program televisyen sensasi tersebut hari ini.

Dalam program hiburan yang berlangsung selama satu jam itu, Awal, 39, dan Janna, 26, secara rasmi mengumumkan pengunduran mereka, sekali gus memperkenalkan pengacara terbaharu iaitu Nabila yang akan memulakan tugasnya bermula minggu depan iaitu pada 2 Ogos.

Menurut pemilik nama lengkap Nabila Huda Suhaimi, 36, atau mesra disapa sebagai Abil, dia mengakui terkejut ketika menerima tawaran untuk bergelar pengacara Melodi.

“Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Saya sudah bersedia untuk keluar dari zon selesa dan sehingga kini, saya rasa masih bermimpi bagi menyambung legasi program hiburan yang sensasi, penuh kontroversi nombor satu di Malaysia.

“Perasaan itu mungkin kerana sebelum ini saya selalu masuk Melodi tetapi sekarang perlu mengacarakan rancangan ini pula,” katanya dalam Melodi hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber : murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.