Uncategorized

Misteri ‘kehilangan’ pembida harta Sajat terjawab, netizan mula k0rek rahsia

Petaling Jaya: Pembida yang berjaya dalam lelongan awam harta Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan bidaan tertinggi RM132,000, dikatakan menghilangkan diri apabila gagal dihubungi hari ini.

Difahamkan, lelaki itu tidak dapat dihubungi peguam plaintif selepas keluar untuk membuat bank draf sebaik selesai proses bidaan di kediaman usahawan kosmetik itu yang lebih dikenali Nur Sajat di Kota Damansara, di sini tengah hari tadi.

Peguam Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors berkata, lelaki itu memberi alasan untuk ke bank bagi menyelesaikan urusan bayaran bidaan dan berjanji kembali semula sebaik selesai urusannya.

“Saya berhubung dengannya melalui panggilan dan aplikasi WhatsApp beberapa kali, namun dia memberi alasan urusan di bank belum selesai.

“Selepas menunggu sehingga jam 4.10 petang, dia tidak memunculkan diri, malah nombor telefonnya juga gagal dihubungi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Zeti berkata, pihaknya memberi masa kepada pembida untuk hadir membuat bayaran berkenaan sehingga jam 3.30 petang dan dilanjutkan ke 4.10 petang, namun lelaki itu masih tidak dapat dihubungi menyebabkan bidaannya dikira terbatal.

Selain itu, katanya, deposit berjumlah RM5,000 yang dibayar pembida terbabit juga tidak dikembalikan.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan satu tarikh baharu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada minggu hadapan, untuk proses lelongan semula.

Terdahulu, pembida terbabit berjaya mendapatkan 40 barangan milik Nur Sajat pada harga RM132,000 dalam sesi bidaan yang diadakan di kediaman usahawan itu pada 11 pagi hari ini.

Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah perkakas dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.

Difahamkan, proses lelongan disertai oleh lapan pembida sebelum berkurangan kepada tiga pembida dan bidaan dibuat sebanyak enam kali hingga harga bidaan berakhir RM132,000.

Peguam Zeti Zukifili (kiri) dan anak guamnya, Nurwati Hussin menjawab soalan wartawan selepas proses lelongan awam perkakas milik Nur Sajat di luar kediaman usahawan kontroversi itu pada Selasa. – Gambar Astro AWANI

PA Usahawnan Terkenal?

Menurut hasil pencarian netizan, Syazwan Fiesol merupakan PA kepada Dato Aliff Syukri

Lelongan perkakas kediaman Nur Sajat cecah harga RM132,000

PETALING JAYA: Hampir 40 barangan perabot serta perkakas rumah milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat di Jalan Polo Kota Damansara di sini, dilelong hari ini.

Antara barangan usahawan kosmetik terkenal itu yang dilelong ialah set sofa, set meja makan, set bilik tidur, penghawa dingin, dapur, mesin basuh dan grand piano.

Menurut peguam plaintif dari NHA Advocates & Solicitors, Zeti Zukifili, proses bidaan yang bermula pukul 11 pagi tadi disertai oleh lapan pembida.

Kata Zeti, kesemua lapan pembida itu membida barangan rumah pada harga permulaan sebanyak RM77,650.

Bagaimanapun, tambah Zeti, seorang pembida berjaya membida kesemua barangan terbabit pada harga RM132,000.

“Alhamdulilah kita dapat seorang pembida yang berjaya beli pada harga RM132,000. Bermula RM75,000 dan (harga) naik sampai RM132,000,” jelas Zeti kepada Astro AWANI ketika ditemui di pekarangan kediaman Nur Sajat.

Zeti turut berkata, pembida yang berjaya membida perkakas di kediaman itu dikenali sebagai Mohamad Syazwan.

“Seorang pembida kena beli semua barang tak boleh beli asing,” katanya sambil memaklumkan lelongan awam itu hanya melibatkan perkakas dan bukannya rumah atau kereta Nur Sajat.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hujung November lalu mengarahkan harta milik usahawan kosmetik yang diburu itu disita.

Tindakan itu bertujuan bagi menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayar Nur Sajat kepada bekas stokisnya, Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin dari Owa Resources.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Sementara itu, Nurwati berkata, dia akan berbincang dengan peguamnya berhubung jumlah keseluruhan jualan.

“Apabila proses ini selesai kami akan tengok berapa jumlahnya seharusnya kita akan kira dengan peguam, jika baki tidak mencukupi mungkin kami akan buat satu lagi proses.

“Tapi kita akan bincang dengan pihak peguam untuk satu jalan penyelesaian lebih baik,” katanya kepada Astro AWANI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *