Amalan

Namakan v4ksin buatan Malaysia ‘bossku’, Najib tampil beri respond atas cadangan bekas timbalan menteri

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menamakan v4ksin C00vid-19 buatan Malaysia sebagai “Bossku” atau “Pekan”, mengambil kira populariti bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata, nama gelaran “Bossku” yang diberikan oleh penyokong Najib seolah-olah mempunyai satu “impak kuat”, namun kerajaan mungkin perlu bertanya terlebih dulu kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

“Jika kita cipta v4ksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya v4ksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’…ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu…untuk dapat impak yang kuat,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Terdahulu, Hanipa yang juga bekas Timbalan Menteri Undang-undang ketika pentadbiran PH, menyoal sejauh mana Pusat V4ksin Kebangsaan bersedia menghadapi sebarang ancaman daripada pandemik lain pada masa akan datang.

Menurut laporan, MOSTI memperuntukkan hampir RM60 juta untuk penyelidikan dan pembangunan v4ksin C00vid-19 tempatan bagi mengurangkan kebergantungan pada bekalan v4ksin dari negara lain.

Timbalan Menterinya, Ahmad Amzad Hashim berkata, daripada peruntukan itu, RM54 juta diperuntukkan untuk Institut Genom Malaysia, manakala RM2.5 juta untuk pasukan penyelidikan membangunkan v4ksin menggunakan teknologi “Messenger Ribonucleic Acid” (mRNA).

“Sebanyak RM2.5 juta lagi diperuntukkan untuk pembangunan v4ksin daripada t-ksin tak teraktif yang dihasilkan kum4n di Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya.

Dalam pada itu, Najib tampil melahirkan kebimbangan dengan cadangan tersebut dan mengatakan ide tersebut boleh di anggap sebagai kerja gil4

“Makin menggiler puak sebelah sana…Bimbang pulak, saya”

V4ksin C00VID-19 dibangunkan Malaysia dijangka siap 2024 – Laporan

Dalam perkembangan lain, V4ksin C00VID-19 yang dibangunkan di Malaysia melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka siap menjelang 2024.

Memetik laporan The Star, Pengarah IMR Dr Tahir Aris memaklumkan bahawa v4ksin tersebut turut dibangunkan sebagai suntikan ‘booster’ yang berkesan terhadap varian baharu.
“Mereka yang melengkapkan suntikan v4ksin mungkin memerlukan suntikan ‘booster’ supaya kekal dilindungi. Mereka mungkin memerlukannya setiap tahun.

“Langkah ini penting bagi mengekalkan pertahanan terhadap koronavirus. Malaysia tidak patut bergantung sepenuhnya kepada bekalan v4ksin diimport,” kata Dr Tahir yang dipetik oleh laporan itu.
Beliau menambah bahawa pembangunan v4ksin tersebut juga mengambil kira Varian of Concern (VOC) seperti Delt4.

“Kami berharap v4ksin ini berkesan terhadap varian-varian baharu,” katanya.
Menurut Dr Tahir, perkembangan projek tersebut positif setakat ini dan v4ksin itu akan melalui ujian pra-klinikal membabitkan haiwan mulai bulan depan di Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh, Perak.

“Ujian-ujian itu akan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum beralih ke ujian klinikal membabitkan manusia tahun depan.

“Justeru itu, kami berharap v4aksin akan siap menjelang 2024.”

IMR kini sedang membangunkan dua jenis v4ksin C00VID-19 dengan satu daripadanya merupakan v4ksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) manakala satu lagi melalui pendekatan v4ksin tidak aktif.

V4ksin jenis mRNA tersebut telah dibangunkan sejak November tahun lalu.

sumber: fb Najib Razak, astro awani, mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *