Amalan

Polis siasat video bvli pelajar sekolah. Lokasi kejadian akhirnya di dedahkan

POLIS akan menjalankan siasatan lanjut berhubung rakaman video kejadian buli membabitkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah di negeri tersebut yang tular di media sosial, pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar untuk menyiasat perkara itu termasuk kesahihan dakwaan kejadian itu berlaku di negeri berkenaan.

“Saya baru terima video tular itu pagi ini dan telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bila kejadian buli itu berlaku.

“Saya baca komen (tular) ada yang kata kejadian itu berlaku di Kuala Kangsar, tetapi belum pasti sama ada betul kejadian itu berlaku di sana, mungkin di tempat lain. Jadi biar kami siasat dulu dan dapatkan kesahihan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kampar dan Pengerusi PERKEP Daerah Kampar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, pada Jumaat.

Menurutnya, berdasarkan video yang dikongsi itu, memang nampak berlaku kejadian buli apabila mangsa ditumbuk di bahagian perut.

“Polis akan kongsi maklumat lanjut kejadian itu selepas siasatan dilakukan.

“Kadang-kadang kejadian berlaku sudah lama, tetapi tular semula. Saya belum dapat beri pengesahan, biar kami siasat dan dapat kesahihan dahulu,” katanya.

Video berdurasi 10 saat itu tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di percayai dalam asrama.

Video berkenaan tular di Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528,000 serta lebih kurang 30,000 perkongsian.

Sementara itu Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menyatakan komitmen untuk menyiasat dakwaan bahawa kejadian terbabit melibatkan pelajar di salah sebuah institusi pendidikannya.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, tindakan akan segera diambil terhadap pelaku berikutan budaya itu tidak sewajarnya wujud dalam kalangan pelajar.

“Saya terkejut melihat video ini kerana ia merupakan budaya yang tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah dan pastinya kita semua tidak mahu ia berulang.

“Kami akan menyiasat kesahihan rakaman video tular tersebut dan pasti akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat. Perkara ini tidak sewajarnya dijadikan sebagai satu budaya kerana pelajar-pelajar ini masih di bawah umur dan masa depan mereka perlu dilindungi,” katanya – Sinar Harian

Ada yang jerit ‘mantap

Menerusi antara video yang tular, kelihatan seorang pelajar berbaju merah dijadikan ‘bahan uji kaji’ oleh beberapa pelajar lain dengan menumbuk perut mngsa.

Bangga tumbuk perut mangsa sambil ada yang jerit ‘mantap’

“Mantap gila,” kedengaran suara di dalam video selepas seorang pelajar menumbuk perut mangsa.

Beberapa pelajar yang dirakamkan bersama seorang mangsa menerusi video yang tular.

“Hero hero Malaya sudah tunjuk taring guys… mak bapa hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya, ni tak kot… nak menjadi gangster masing-masing nak tunjuk gangster ye… cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum ni. Harap cepat-cepat la insaf,” tulis di posting Facebook bernama Faez Hamzah, dengan lebih 37,000 perkongsian setakat pagi Jumaat.

Terdapat kira-kira tujuh pelajar yang kelihatan di dalam rakaman selain seorang pelajar dijadikan mangsa.

Sementara itu, menerusi satu posting di laman Twitter pada awal pagi Jumaat yang turut berkongsi daripada sumber Facebook, satu tangkap layar yang mendakwa ia berlaku di sebuah maktab.

Menerusi tangkap layar mesej tersebut, pengirimnya meminta supaya video tersebut dip4damkan bagi menjaga nama maktab.

Menurut mesej itu lagi, turut dimaklumkan bahawa barisan kepimpinan pelajar akan membuat tindakan secepat mungkin.

“Saya nak merayu, saya nak jaga nama maktab saya… cuma untuk memudahkan kerja kami, saya merayu kepada akak untuk tidak dikongsi video ini secara meluas,” antara mesej tersebut tanpa mendedahkan nama maktab seperti yang didakwa.

Antara tangkap layar mesej yang dikongsi di laman Twitter @Ekax_

Perkongsian video oleh pengguna Twitter @Ekax_ turut diulang kicau oleh bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Twitter beliau.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh sekumpulan pelajar itu, dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published.