Hiburan

Rakaman Suami Tak Peduli Bila Isteri Buat ‘Surprise’ Buat Netizen Geram

Masalah rumah tangga yang berlaku bukan satu perkara yang asing bagi pasangan berkahwin. Mahu tak mahu, setiap pasangan perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin.

Sakit tak berdarah

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok dikenali sebagai Saha, memaparkan seorang wanita yang sedang menunggu suaminya pulang dari kerja untuk membuat kejutan. Wanita ini dilihat memegang sebiji kek yang dinyalakan lilin. Namun, tiada sebarang reaksi yang diberikan si suami sejurus masuk ke dalam rumah.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut tetap teruja mahu membuat kejutan kepada suaminya. Dia seolah-olah mengharapkan respon daripada suaminya, namun, si suami dilihat tergesa-gesa memasuki rumah dan tidak mempedulikan kehadiran isteri di sisi.

Dalam pada masa yang sama, turut kelihatan wanita terbabit kembali menyalakan kembali lilin yang telah terpadam ketika suaminya melewatinya dan berharap lelaki itu melayaninya. Video yang berdurasi selama 39 saat itu meraih lebih 14.8 juta tonton dan mendapat lebih 1 juta tanda suka di TikTok.

Video penuh:

Respect lah hati isteri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih terhadap wanita tersebut yang diperlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri. Malah ada juga di antara mereka yang sempat memberi pesanan buat lelaki tersebut supaya menghargai isterinya.

10 kunci rumah tangga bahagia yang patut diamalkan dari sekarang, berhenti buat no 5!

#1 . Jangan cuba tukar sikap pasangan

kunci rumah tangga bahagia, keretakan rumah tangga, keretakan dalam rumah tangga, keretakan dalam perkahwinan, keretakan perkahwinan, keretakan hubungan suami isteri, masalah dalam perkahwinan, penyelesaian hubungan suami isteri, hubungan suami isteri, tips selesaikan masalah suami isteri

Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan.

Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.

Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.

#2. Tidak berubah sebab orang lainKunci rumah tangga bahagia seterusnya adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan.

Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya.

#3 Buang perkataan ‘bercerai’

Ini sering terjadi pada pasangan yang masih ‘jagung’ dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai.

Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja.

Pokok pangkalnya, kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit.

#4. Berkomunikasi antara satu sama lain
Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabatkan suami.

Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan kalian.

#5. Cuba bertenang
kunci rumah tangga bahagia, keretakan rumah tangga, keretakan dalam rumah tangga, keretakan dalam perkahwinan, keretakan perkahwinan, keretakan hubungan suami isteri, masalah dalam perkahwinan, penyelesaian hubungan suami isteri, hubungan suami isteri, tips selesaikan masalah suami isteri
Kredit: paling seru.com

Bila bergaduh, anda pasti akan keluarkan perkataan yang tak senonoh atau kurang sopan.

Maklumlah, darah tengah panas. Namun begitu, untuk kunci rumah tangga bahagia, sebaiknya anda tarik nafas dan bertenang dahulu barulah pemikiran berada dalam keadaan tenteram.

#6. Ucap kata maaf
Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf.

Ia menampakkan anda cukup matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina.

#7. Beri ruang pada satu sama lain
Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada ketikanya, kita perlu relaks dan melakukan aktiviti sendirian.

Seperti suami, berikan dia ruang untuk melepak dengan kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Biarkan saja asalkan si dia tak berlaku curang di belakang anda.

#8. Beri kepercayaan terhadap pasangan
kunci rumah tangga bahagia, keretakan rumah tangga, keretakan dalam rumah tangga, keretakan dalam perkahwinan, keretakan perkahwinan, keretakan hubungan suami isteri, masalah dalam perkahwinan, penyelesaian hubungan suami isteri, hubungan suami isteri, tips selesaikan masalah suami isteri
kredit: produk wish.com

Kepercayaan merupakan kunci rumah tangga bahagia. Jangan menuduh tanpa usul periksa jika anda merasakan ada kelainan pada suami.

Sekiranya rasa sangsi, tanyakan dahulu daripada serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa.

#9. Elakkan membebel pada pasangan
Biasalah isteri memang dilahirkan kuat membebel, tapi tak semua. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja.

Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya.

#10. Jangan lupa hubungan kel4min

Biasanya bila sudah ada anak, ada ketikanya pasangan suami isteri sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan rasa tidak perlu melakukannya.

Sedangkan hubungan kelamin itu dapat mengeratan ikatan kasih sayang antara kedua-duanya. Selain itu, luangkan sedikit masa bersama-sama dan sesekali itu, cubalah buatsurprise seperti berpelukan dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

Sumber : redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain y

Sumber: Saha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *