Dunia

Sekempulan Penyelam Temui Istana Berusla 3,000Tahun Di Taslk Ini. Prcaya Ada Kuasa Mlsteri

Sejarawan, para penyelidik malah penyelam profesional amat terkejut dan teruja dengan penemuan sisa-sisa tapak sebuah istana yang berusia 3,000 tahun di dasar Tasik Van.

Tasik Van merupakan tasik yang terbesar di Turki dan telah menjadi lokasi yang selama ini menyembunyikan khazanah negara itu.

Sisa binaan istana yang gah itu telah ditemui ketika sekumpulan penyelam dari Universiti Van Yuzuncu Yil melakukan penggalian di dalam tasik berkenaan.

Pakar berpendapat bahawa sisa bangunan ini dahulunya pernah menjadi k.ubu pertahanan yang dibina sewaktu ketamadunan Urartu yang wujud semasa Zaman Logam.

Pada era tersebut, ker.ajaan Urartu berkembang pesat di bahagian selatan Laut Hitam dan Laut Caspian, wilayah pergunungan barat daya Asia yang kini meliputi Armenia, barat laut Iran dan juga bahagian timur Turki.

Sewaktu zaman pemerintahan dan penaklukan kerajaan Urartu, paras air di Tasik Van adalah rendah, sekitar 100 kaki kurang daripada parasnya sekarang.

Justeru, apabila paras air meningkat, binaan kubu yang gah ini telah ditenggelami air dan menjadi sejarah yang dilupakan.

Menurut Science Alert, paras air tasik telah mengalami perubahan yang dramatik selama beribu tahun dan para penyelidik percaya bahawa paras air pada waktu itu adalah lebih rendah daripada ketinggian masyarakat Urartu dan secara perlahan-lahan telah meningkat dari semasa ke semasa untuk menampung seluruh bandar.

Penemuan istana yang terk.ubur di dasar tasik ini melibatkan dinding istana yang mencecah kepanjangan hampir 13 kaki!.

Bukan sahaja itu, istana ini yang diperbuat daripada batu juga kelihatan masih terpelihara disebabkan oleh kandungan alkali di dalam Tasik Van ini.

SIMBOL SINGA PADA DINDING

Pengkaji turut menemui simbol singa pada salah satu batuan tersebut sekali gus membuktikan teori bahawa masyarakat Urartu yang dikenali dengan motif singa telah membina istana berkenaan.

Sementara itu, ketua pasukan penyelam yang juga merupakan jurugambar bawah air iaitu Tahsin Ceylan berpendapat bahawa istana ini berasal dari Zaman Pertengahan.

Menurut beliau yang telah menjelajahi Tasik Van selama 10 tahun, beliau mempercayai bahawa masyarakat Zaman Pertengahan telah menggunakan struktur lama untuk membina istana berkenaan.

Tahsin turut mendakwa bahawa Tasik Van yang berusia 600,000 tahun itu telah menjadi rumah kepada banyak ketamadunan disebabkan oleh kuasa m.isteri yang terbenam di dalam tasik itu.


Banyak tamadun dan manusia pernah mendiami kawasan sekitar Tasik Van. Mereka menggelar tasik itu sebagai laut atas dan percaya ia mempunyai pelbagai perkara m.isteri. Dengan kepercayaan ini, mereka sedang berusaha untuk membongkarkan rahsia tasik tersebut.

Meskipun wujud dua teori yang berbeza pendapat, kedua-dua pihak iaitu penyelam dan juga ahli arkeologi bersetuju untuk menjalankan kajian secara lebih mendalam bagi merungkai fakta di sebalik istana yang tenggelam itu.

Kredit : EB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.