Uncategorized

Tak Puas Hati Hakim Mahkamah Sifatkan Kes SCR Memalukan negara, Sekali Najib Petik Nama Tun Mahathir

Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak menolak penilaian hakim Abdul Karim Abdul Jalil bahawa tindakannya dalam kes SRC International bukan perkhidmatan buat negara, sebaliknya memalukan Malaysia.

Najib membangkitkan skandal dagangan tukaran wang asing (forex) pada 90-an yang dikaitkan dengan musuh politiknya Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri kali pertama.

“Bukankah itu lebih memalukan negara,” soal Najib dalam sidang media atas talian selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan dia bersalah.

Katanya, sepanjang karier, dia sentiasa menumpukan usaha untuk kepentingan negara.

Sebagai contoh, katanya, selama menjadi perdana menteri, aset negara berkembang daripada RM800 bilion kepada RM2 trilion.

‘Saya telah cipta banyak kekayaan untuk negara ini,” katanya.

Menurut suruhanjaya siasatan diraja yang menyiasat perkara itu,Bank Negara rugi RM31.5 bilion daripada tahun 1992 hingga 1994.

RCI itu yang ditubuhkan ketiga Najib menjadi perdana menteri juga memutuskan Mahathir turut bertanggungjawab atas kerugian itu.

Kes SRC disifatkan sebagai memalukan

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim menyifatkan kes SRC sebagai memalukan negara.

Panel tiga hakim bersetuju bahawa terdapat banyak bukti Najib menunjukkan mempunyai kepentingannya ketika meluluskan pinjaman KWAP kepada SRC.

“Ini menunjukkan bahawa Najib mempunyai kepentingan sendiri dan Kami merasakan tiada sebab untuk tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi,” kata beliau ketika membacakan keputusan tiga panel hakim itu.

Abdul Karim berkata, Najib diberikan kuasa khas dalam SRC kerana jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, Najib mendakwa bertindak kerana kepentingan negara tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak bertindak terhadap salah urus dana yang berlaku dalam SRC.

“Tindakan Najib bukan kerana kepentingan negara seperti mana didakwa. Ini merupakan sesuatu yang memalukan negara.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *