Uncategorized

Tak Sampai Sebulan Kahwin Dah Cer4i, Pelakon Ragu Status Anak Sampai Buat Ujian DNA

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Rizki Syafaruddin atau lebih dikenali dengan nama Rizki DA dipercayai mempertikaikan kehamilan isterinya, Nadya Mustika Rahayu kerana usia kandungan Nadya pada ketika itu dikatakan tidak selari dengan tarikh perkahwinan mereka.

Hubungan Rizki dan Nadya

Memetik laporan tempatan, Rizki dan Nadya telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 dan dua minggu kemudian iaitu pada 29 Julai 2020, mereka sudah tidak ‘bersama’. Namun pada 1 Ogos 2020, Rizki dan Nadya telah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kehamilan dan selepas itu Nadya dikatakan telah pulang ke rumah orang tuanya. Dakwa Rizki, dia tidak pernah menghalau Nadya sebaliknya Nadya keluar dari rumah tersebut atas kerelaannya sendiri.

Pada tanggal 12 Ogos 2020, Nadya memaklumkan dirinya berbadan dua sedangkan pada enam hari yang lalu, Nadya mengakui dirinya masih dalam tempoh haid. Berita kehamilan tersebut secara tidak langsung membuatkan Rizki menjadi semakin ragu.

Ragu dengan kehamilan Nadya

Tidak terhenti di situ, keluarga Nadya kemudian datang ke rumah keluarga angkat Rizki untuk membincangkan mengenai rumah tangga mereka. Selain sedang ragu dengan kehamilan si isteri, Rizki juga turut didesak oleh keluarga Nadya sama ada ingin meneruskan hubungan tersebut atau sebaliknya. Pada ketika itu (22 Ogos 2020), Rizki telah menjatuhkan talak terhadap Nadya.

Berikutan daripada isu itu, ada pihak mencadangkan supaya Rizki melakukan ujian DNA dan pada Jun lalu selepas bayi dilahirkan, Rizki dikatakan telah membuat ujian DNA. Meskipun begitu, keputusan ujian tersebut tidak didedahkan kepada umum. Menurut Rizki, biarlah perkara itu hanya diketahui oleh ahli keluarganya sahaja.

Namun sebulan selepas itu, ada berita mengatakan bahawa pasangan ini sudah kembali rujuk dan disebabkan tempoh iddah sudah habis, Rizki dan Nadya disatukan dalam satu majlis kecil-kecilan. Pasangan ini juga tidak menafikan bahawa pada awalnya hubungan rumah tangga mereka agak janggal. Oleh iu, Rizki meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian DNA, Kini Ceraikan Isteri Buat Kali Kedua

Kisah rumah tangga pelakon dan penyanyi dangdut terkenal Indonesia iaitu Rizki Syafaruddin atau lebih dikenali dengan nama Rizki DA sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Baru rujuk, dah cerai semula

Memetik laporan sebelum ini, Rizki DA dan Nadya Mustika telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 namun Rizki membuat keputusan untuk bercerai kerana ragu dengan kehamilan isterinya yang dikatakan tidak selari dengan tarikh pernikahan mereka. Menurut sumber, pada April 2021 iaitu selepas Nadya selamat melahirkan bayi lelaki, Rizki nekad membuat ujian DNA dan keputusan tersebut membuktikan Baihaqqi Syakki Ramadhan adalah anak kandungnya.

Tetapi tidak lama kemudian, Rizki dan Nadya dikhabarkan sudah rujuk semula dan disatukan dalam satu majlis kecil-kecilan. Rizki mengatakan dia dan Nadya mahu membesarkan anak lelaki mereka itu dengan penuh kasih sayang. Tetapi sayangnya kebahagiaan yang dibina tidak berkekalan.

Rizki sekali lagi menjatuhkan talak kepada Nadya pada 23 November 2021 di Mahkamah Agama Bandung dan persidangan pertama telah pun berlangsung pada 2 Disember yang lalu. Peguam yang mewakili Rizki DA telah mengesahkan isu penceraian ini namun sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah punca yang membuatkan pasangan ini nekad untuk berpisah buat kali kedua.

Sumber: Celebrity Okezone, Wolipop Detik,Inews Id

Leave a Reply

Your email address will not be published.