Amalan

“Taktik lama” Peguam Najib p0sitif C0VID menjelang keputusan rayuan kes SRC International, ini tindakan ‘bijak’ panel tiga hakim

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak kini sedang memohon pengangguhan pendengaran untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadual didengar hari ini.

Ini susulan salah seorang pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dij4ngkiti COVID-19.

Peguam utama pasukan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah melalui surat, yang didedahkan kepada media lewat malam tadi, bahawa salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19 manakala yang lain telah menjadi kontak rapat.

Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar permohonan yang difailkan oleh Najib pada 1 Dis lalu, di mana Ahli Parlimen Pekan itu meminta mahkamah rayuan membenarkan dan mengarahkan bukti viva voce (bukti lisan) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, antara lain, untuk diambil bagi tujuan rayuan Najib.

Mahkamah rayuan juga bersedia untuk menyampaikan keputusan rayuan Najib dalam kes SRC International pada Rabu (esok).

Dalam suratnya, Muhammad Shafee meminta mahkamah mengosongkan perbicaraan untuk kedua-dua prosiding hari ini dan esok kerana peguam, yang merupakan anaknya, Muhammad Farhan, telah disahkan positif COVID-19 pada 6 Dis.

Seorang lagi peguam di firmanya, Zahria Eleena Redza, turut memaklumkan, dua lagi anggota pasukan pembelaan Harvinderjit Singh dan Farhan Read, bahawa ibunya positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian pada 6.08 petang semalam.

“Pada 4 Dis, Muhammad Shafee bersama Muhammad Farhan dan isterinya telah menghadiri majlis dan bertemu dengan rakan-rakan terdekat serta saudara mara yang turut melibatkan keluarga

Zahria Eleena termasuk ibunya, Datin Edwina Patricia Totu,” kata Muhammad Shafee.

Selepas pasukan itu dimaklumkan oleh Zahria Eleena tentang ibunya, semua peguam di firma itu telah membuat ujian saringan mereka sendiri, kata Muhammad Shafee.

Hasil ujian yang dijalankan ke atas Muhammad Farhan didapati positif dalam tiga kit ujian berbeza, manakala selebihnya negatif.

“Justeru, status MySejahtera kesemua mereka yang terlibat telah bertukar kepada kontak rapat kerana menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan ujian PCR.

“Berdasarkan alasan di atas, kita mempunyai tanggungjawab sosial terhadap mahkamah dan pihak terlibat untuk memaklumkan perkara itu kepada semua orang.

“Kami tidak menjangka perkara ini berlaku tetapi menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan keselamatan mereka yang terlibat dalam rayuan ini,” tambahnya.

Seorang pegawai mahkamah berkata, perbicaraan pagi ini akan diteruskan secara hibrid di mana panel hakim dan pihak pendakwaan akan berada di mahkamah terbuka manakala pasukan pembelaan akan mengambil bahagian melalui Zoom.

Kes Najib: Zoom atau mungkin dipenj4ra, kata panel tiga hakim

Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memberikan gambaran bahawa prosiding keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan seperti dijadualkan.

Menurut Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman yang mengetuai panel tiga hakim, keputusan tersebut itu boleh dilakukan sama ada secara fizikal atau secara dalam talian.

“Esok tetap esok, belum ada sebarang petunjuk untuk keputusan esok ditangguhkan! Esok pun mahkamah boleh beri keputusan secara obline mengikut Seksyen 15 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

“Esok hanya untuk bacakan keputusan sahaja, bukannya untuk dengar hujahan. (Pendengaran) hujahan dah selesai dan ditutup Mei lalu. Kalau seorang sahaja peguam hadir ke mahkamah pun tak apa,” tegas hakim itu.

Hakim tersebut berkata demikian selepas peguam Harvinder Singh Sidhu memohon prosiding pendengaran permohonan memasukkan bukti baharu hari ini dan keputusan rayuan Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. esok ditangguhkan.

Peguam terbabit memohon penangguhan tersebut selepas seorang lagi peguam Najib didapati postif Covid-19 selepas menghadiri majlis Sabtu lalu. Ujian kendiri turut dilakukan kepada ahli-ahli pasukan peguam yang lain dan kesemua peguam termasuk peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Sahfee Abdullah dan keputusan mereka negatif.

Najib memfailkan notis rayuan tersebut pada 30 Julai 2020 seelpas tidak berpuas hati denga keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan rayuan tersebut telah didengar selama 15 hari bermula 5 April lalu di Mahkamah Rayuan.

Ketika memfailkan petisyen rayuannya, Najib mengemukakan 307 alasan kenapa beliau tidak patut didapati bersalah dalam kes itu.

Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib dengan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

SRC International merupakan syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohd. Nazlan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Hukuman tersebut bagaimanapun dibenarkan untuk digantung sementara menunggu rayuan Najib diputuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.