Uncategorized

32 Tahun Menyewa Rumah Yg Sama, Pelakon Zulkifli Ismail Buat Keputusan Pindah Ke Lokasi Baharu

Baru-baru ini, pelakon terkenal veteran, Zulkifli Ismail berkongsikan kisahnya menyewa sebuah rumah yang memberi banyak kenangan buatnya.

Menerusi laman Facebook miliknya, dia memuat naik foto bersama kapsyen sedih sebelum meninggalkan rumah tersebut.

Menurut pelakon legenda Gerak Khas itu, rumah terletak Bandar Tun Razak berkenaan banyak berjasa buatnya dan keluarga.

Bukan itu sahaja, Zulkifli sudah menyewa rumah itu selama 32 tahun, sejak berusia 27 tahun sehingga menghampiri usia emas sekarang.

“Sejak mash bujang sehingga dah bermenantu. Terlalu banyak kenangan di sini,” tulisnya di kapsyen yang menyayat hati itu.

RUPANYA INI SEBAB TAK BELI RUMAH

Rupanya pelakon veteran ini sebenarnya bukan suka-suka memilih untuk menyewa rumah dalam tempoh yang salam.

Menerusi komen kelihatan ada peminatnya mempersoalkan tempoh yang lama menyewa rumah. Tanpa berselidung, pelakon yang berusia 59 tahun itu menjelaskan bahawa tidak layak membuat permohonan pembelian rumah disebabkan kerjaya sebagai pelakon.

Selain itu, Zulkifli turut mengatakan harga rumah sewa berkenaan semakin mahal. Pada mulanya, dia hanya menyewa dengan harga RM350 sebulan sehinggalah naik kepada RM1,000 sebulan.

Difahamkan, pelakon yang berusia 59 tahun itu akan berpindah ke Kajang yang merupakan rumahnya sendiri.

Dalam pada itu, ada segelintir yang mengkritik tindakannya kerana tidak membeli rumah lebih awal berbanding menyewa dalam tempoh panjang selama 32 tahun.

Bagaimanapun Zulkifli berkata pada ketika itu, pihak bank tidak membenarkannya untuk membuat pinjaman membeli rumah malah menambah tuan rumah yang disewa tidak mahu menjualnya.

WARGAMAYA UCAPJ TAHNIAH BERPINDAH DI RUMAH BARU

Meninjau di ruangan komen rata-rata yang mengenali pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas sebagai ASP Razlanini ini meluahkan rasa kehilangannya. Bahkan ada yang menyebut akan merindui kelibatnya bersama anak di surau berdekatan dengan rumah sewanya. Tidak lupa juga, ada mengucapkan tahniah berpindah ke rumah baru.

kredit:thevocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *