Hiburan

“Ada Tangan Kej4m Yang Memisahkan Mereka” – Pendedahan Terbaru Ibu Syamsul Yusof Niay Ramai Tak Sangka

Semalam kita dikejutkan dengan berita yang mendakwa pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof sudah pun bernikah dengan Ira Kazar.

Perkara itu mula kecoh selepas isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah Liyana berkongsi satu hantaran mesej diterimanya oleh seorang individu menerusi Insta storynya.

Ibu Syamsul muat naik gambar cucu di Insta story

Terbaru, ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen selepas memuat naik gambar menantu dan cucu-cucunya berserta kapsyen yang seakan-akan ditujukan kepada seseorang.

Mereka perlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka namun ada tangan kejam yang memisahkan.

Agak-agaknya pada siapalah ya kapsyen tu ditujukan?

Terdahulu, Datin Fatimah juga ada memuat naik gambar menerusi Instagramnya yang memberikan bayangan bahawa dia tidak merestui sekiranya benar anaknya Syamsul bernikah bersama orang ketiga.

Puteri Sarah sedia mulakan hidup baharu

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerima apa sahaja ketentuan Allah SWT, malah bersedia memulakan hidup baharu sama ada bersama suami, Syamsul Yusof atau sebaliknya.

Pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan, pada masa sama mengharapkan keadilan untuk diri dan dua cahaya matanya.

“Saya mahu terus melangkah dan mulakan hidup baharu. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang mencurah-curah. Saya tidak kisah sama ada kami masih ditakdirkan bersama atau sebaliknya.

“Saya reda dengan apa yang bakal terjadi. Saya cuma ingin hidup gembira dan terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Isu pergolakan rumah tangga pelakon tersebut kembali diperkatakan selepas seorang pengguna di Instagram mendakwa Syamsul sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira.

Pendedahan itu turut dikongsi Puteri Sarah menerusi satu muat naik di InstaStory yang seolah-olah memerli mereka.

“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti satu hari nanti.

“Seorang narsisis seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya sedia berundur dari semua perkara toksik ini.

“Penipu tetap menjadi penipu. Semoga yang baik sahaja buat kamu berdua,” tulisnya dalam muat naik tersebut.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan, kes saman yang difailkan terhadap Ira Kaza masih berjalan dan dijangka selesai tahun depan.

Syamsul Yusof terus senyap

Hanya emoji ketawa. Itu jawapan diberikan pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, menerusi WhatsApp kepada wartawan selepas ditanya mengenai spekulasi dia sudah melangsungkan pernikahan dengan pelakon, Ira Kazar.

Syamsul turut mengambil pendekatan berdiam diri walaupun ditanya mengenai pembikinan filem terbarunya, The Original Gangster.

Pertanyaan mengenai harapan dan azam tahun baharunya dengan kedatangan 2023 juga tidak dibalas dan dia terus berdiam diri.

Sementara itu, semakan di Instagram Syamsul mendapati dia memuat naik video memaparkan seorang lelaki memandu laju sebuah kereta mewah yang mungkin salah satu pembikinan babak untuk filemnya di Instagram Story.

Sejak semalam, spekulasi mengenai perkahwinan Syamsul dan Ira hangat diperkatakan selepas perkongsian dibuat isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, yang seakan memberi bayangan suaminya sudah berkahwin dengan Ira.

Puteri Sarah ketika dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan kepastian sama ada dia dimadukan atau tidak meminta Syamsul tampil memberi jawapan.

Tidak hanya Puteri Sarah, jawapan sama turut diberikan bapa Syamsul iaitu penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam yang enggan mengulas kontroversi membabitkan anaknya, namun meminta Syamsul yang menjawabnya sendiri.

Ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail menerusi Instagram pula berkongsi hantaran berunsur nasihat mengenai restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan buat anak-anak.

Menerusi hantaran itu, Fatimah juga menekankan perkahwinan anaknya, Syamsul dengan Puteri Sarah mendapat restu keluarga sepenuh hati.

Katanya, Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hati dan kini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Terdahulu, Ira yang juga anak pelakon, Kazar Saisi didakwa menjadi ‘orang ketiga’ dalam konflik rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang dikatakan sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Pada Jun lalu, Puteri Sarah juga memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Berdasarkan kenyataannya, Ira bakal diheret ke muka pengadilan menjelang Ogos tahun depan.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Kredit: Instagram Datin Fatimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *