Hiburan

Ahli Parlimen Larut Nyanyi Hari Pertama Persidangan Dewan Rakyat. Lagu Yang Dia Bawa Buat PM Anwar Terus Tunjuk Tangan

DEWAN Rakyat bersidang buat pertama kalinya pada hari ini selepas negara melalui tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu dan seterusnya menyaksikan pembentukan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, antara agenda utama sesi tersebut selain pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah usul undi percaya terhadap Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Anwar, pada sidang akhbar pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu menegaskan akan membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pada Ahad, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjangkakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tidak berdepan masalah kerana kesemua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik akan bertindak rasional.

Sementara itu, keabsahan dan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri juga diramal tidak akan terjejas susulan Perjanjian Persefahaman Kerjasama dimeterai pada 16 Disember lalu membabitkan gabungan politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Lima pihak terbabit ialah PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).

Dokumen perjanjian tersebut antara lain menyatakan bahawa ahli Parlimen dalam gabungan bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia yang tidak menyokong Perdana Menteri dalam usul berkait usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan terhadap keabsahan kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan perlu mengosongkan kerusi dimenanginya.

Dengan mengambil kira perkembangan tersebut, Anwar dilihat tidak akan berdepan masalah untuk melepasi majoriti mudah dalam usul berkenaan atau mendapatkan majoriti yang lebih selesa berbanding kerajaan sebelum ini.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat jawatankuasa gabungan itu pada Ahad bagi membincangkan pendiriannya mengenai usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika ditemui memaklumkan PN sudah mempunyai ketetapan dan strategi berhubung usul undi percaya itu dan menyatakan gabungan itu akan memperoleh minimum sekurang-kurangnya 74 undi.

Hamzah Nyanyi Dalam Parlimen

“Hamzah baru nak nyanyi lagi Hoi ya Hoi penyamun, baru sebut Hoi, Dia berhenti sekejap.
“Dia tengok Anwar di depan.
“Anwar tunjuk tangan, dia terus tak jadi nyanyi

Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat

Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut, yang juga Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan Timbalannya ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Udangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Selain itu, Takiyuddin berkata jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN. – BERNAMA

Dalam pada itu, berkenaan dengan pemilihan Speaker Dewan Rakyat, tindakan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun seakan memberi gambaran mengenai bakal calon yang akan menggantikan Tan Sri Azhar Harun.

Selain Johari yang mewakili blok kerajaan, difahamkan blok pembangkang diketuai PN akan mencalonkan bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bagi jawatan itu.

Bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP, Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN) dilapor dicalonkan bagi blok kerajaan.

PN pula dilaporkan mencalonkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pada masa sama, Anwar pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet pertama 5 Disember lepas berkata, persidangan Parlimen pertama bermula Isnin itu juga akan membentang dan meluluskan peruntukan khas atau mini bajet bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam bagi Januari.

kredit: sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *