Uncategorized

Akibat Tanah Runtuh, 100 Orang Terperangkap Ketika Sedang Berkhemah. Ini Kenyataan Terkini Bomba

Dianggarkan seramai 100 orang menjadi mangsa tanah runtuh dalam satu kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland di sini kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Bagaimanapun, seramai 31 mangsa berjaya ditemui sementara yang lain dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan.

Tanah runtuh: 37 berjaya diselamatkan di tapak perkhemahan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.24 pagi sebelum mengerah pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Rawang ke tempat kejadian.

“Dalam maklumat awal, komander operasi melaporkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan berkenaan yang berada berdekatan dengannya.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan tanah runtuhan 0.4 hektar. Maklumat awal dari polis terdapat 100 orang yang berada dalam tapak perkhemahan tersebut yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, maklumat terkini diterima daripada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberitahu 31 mangsa ditemukan selamat di lokasi kejadian.

“Pasukan K9 dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Turut dikerah ke lokasi kejadian adalah pasukan Unit Operasi Taktikal dan Pasukan Menyelamat (STORM),” jelasnya.

Sumber – UTUSAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *