Uncategorized

“Anak Nak Ke Sekolah Macam Mana?” – Bekas Isteri Beritahu Apa Yang DDNK Ambil Sampai Menyusahkan

Kembali dengan perkembangan terbaru isu antara Datuk Mohd Nazri Khan (DDNK) dan bekas isterinya Hasmawatie yang mendakwa DDNK telah mengambil semua kereta hingga menyusahkannya.

Sebelum ini, Hasmawatie memaklumkan di Facebook sedang menguruskan penjualan dua buah kereta atas namanya dan bekas suami yang turut mendapat persetujuan DDNK.

Namun, DDNK secara tiba-tiba menarik balik keputusan itu dan mengambil kedua-dua kereta itu semula.

Disebabkan hal tersebut, wanita itu meluahkan rasa terkilan apabila mendengar respon DDNK selepas ditanya bagaimana tentang anak mereka untuk hantar dan pulang dari sekolah.

Biarpun sudah diberikan butiran mengenai kereta lain sebagai ganti, namun tiada sebarang perkembangan berkaitan hal terbabit. Susulan itu, Hasmawatie bertegas bahawa dirinya tidak akan halalkan apa-apa jika diselesaikan dengan cara baik.

“Luahan hati sempena hari birthday saya.”

“Hari ni hari birthday saya yg ke 43 tahun. Ye tahu dah tua . Pertama kali juga spjg covid melanda ni ini lah kali pertama saya kena covid. Aduh baru tahu seksanya sakit badan dan lesu nya. Tapi yg peliknya selera makan bertambah walaupun makan sikit sikit . Hahaha bahaya.

“Hari ni juga saya mendapat perkhabaran dari sales agent kereta saya dan lawyer sy.

“Saya ni dlm proses utk jual kereta Lambo Urus saya dan kereta bmw saya. Nama saya. Dan semasa pertemuan saya dan pihak ex dan lawyer saya di Pavilion sebelum bercerai, dia dh agree utk gantikan kereta saya. Kereta company, Lambo Avendatador yg dia pakai pun saya dh jual bukannya sy dpt apa pun. Begitu juga conversation saya dgn Sales person lain dia janji utk gantikan. Tapi hari ni setelah kereta sy dh dpt buyer dia plk nak amik utk kedua dua kereta sy. Hahaha untuk apa sedangkan kereta ganti tak nak plk bagi. Lebih sanggup utk bagi Haykal pergi sekolah pakai grab car atau kereta sewa. Dan paling memedihkan kalau Haykal tahu.. bila sales agent tanya bab haykal ke sekolah.. Its not your business ye. Sy rasa betul sangat dah bab tu agent tanya sebab anak nak ke sekolah pakai kereta apa kan kalau dia nak kereta saya. Dia sedar tak saya hantar anak saya ke sekolah 4 kali ulang alik dari Jitra ke Sg Petani dan setiap kali pergi 1 trip 1 jam.

“Even Mar sendiri dah bercakap dengan dia hari sabtu lagi bab kereta ni. Siap dia suruh bagi model kereta utk ganti. Jangan nak cakap tak ada contact. Dan sudah semestinya saya takkan nak liase utk bercakap sendiri lagi sebab tak pernah apa pun nak setel. Kalau dia setel dengan sy pasti sy akan penuhi permintaan dia utk jumpa atau unblock. Yee dia nak jumpa tu byk kali dah tapi utk apa ye? Setel dulu la apa pun.

“Itu belum bab company yang mana dia tak nak setel lagi dengan saya. Dia nak org lebih lost respect ke dengan apa yg dia buat ni. Belajar utk solve the problem. Siapa pun penasihat dia ni. Kembali la ke pangkal jalan.

“Selagi dia tak setel bab saya cara baik, satu sen pun saya tak halal kan. Dan jumpa di mahkamah utk sy reveal kan. Sy akan jemput wartawan utk cover besar besaran.”

Honeymoon Naik Kapal, Netizen Kata Manjanya Isteri DDNK

Terdahulu pasangan itu kini sedang berbulan madu. Menerusi video dimuat naik DDNK, dia dan isteri berbulan madu di sebuah kapal layar.

Memang cukup romantis pasangan pengantin baru ini. Malah, DDNK turut meraikan bulan madu mereka dengan memberikan kek yang ditulis ‘happy honeymoon’ dan sejambak bunga ros buat isteri tercinta.

“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya.

Perkongsian DDNK itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkesima dengan sifat manja Ernie serta mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka dan mendoakan rumah tangga mereka bahagia.

Terdahulu, timbul dakwaan tak sedap didengar mengenai isteri DDNK yang dikenali sebagai Ernie didakwa menjadi punca perceraian pakar saham itu dengan isteri pertamanya dikenali sebagai Hasmawatie.

Kredit: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *