MENJADI figura yang disegani dan dihormati bukanlah satu perkara mudah.
Segala tindak-tanduk dan apa sahaja yang dipakai pastinya menjadi perhatian.
Begitulah yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Terbaharu, perkongsian beberapa keping gambar di Twitter rasminya ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad menjadi tular.
Salah satu foto dikongsikan oleh Ahli Parlimen Tambun ini menjadi topik bualan netizen apabila mereka mendakwa sarung kaki atau stokin dipakai Anwar dibeli di kedai serbaneka Eco Shop berharga RM2.
Sebelum ini, kasut berjenama Louis Vuitton yang dipakai Anwar didakwa berharga sekitar RM5,500 turut menjadi perhatian netizen.
Bagaimanapun, Anwar mendedahkan bahawa sepatu tersebut merupakan hadiah pemberian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu.

Ciapan yang menjadi tular.
Di ruangan komen, rata-rata netizen begitu kagum dengan Anwar yang begitu rendah diri dengan hanya mengenakan stoking murah meskipun berstatus Perdana Menteri.
“Stokin kedai Eco tu.
“Menahan diri dari rasa kagum.
“La… tak sampai RM5 pun stokinnya. Tapi kenapa DSAI pakai nampak mahal,” komen netizen di Twitter.
Malah terdapat netizen yang berseloroh bahawa harga sarung kaki tersebut bakal dinaikkan selepas dipakai Anwar.
Untuk rekod, hampir semua barangan dijual di kedai Eco Shop berharga RM2.40 termasuk cukai.
kredit: mstar