Uncategorized

Asyik Buat Luahan Sedih Kecewa Putus Cinta, Sekali Netizen Ini ‘Sound’ Setepek Kat Janna Nick Sampai Dia Terasa

StatuS hubungan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Tindakan Janna sering berkongsi kata-kata hikmah menggambarkan dirinya seolah-olah baru putus cinta mengundang rasa kurang senang netizen di m2dia s0sial.

Menjawab mengenai perkara itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, mengakui dirinya belum cukup matang untuk berdepan dengan situasi sebegitu.

“Saya minta maaf seandainya p0sting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.

“Saya sedar saya tidak cukup matang dan kuat untuk hadapi situasi macam ini. Saya minta maaf dan berjanji akan kembali dengan lebih kuat. Hanya masa dapat menyembuhkan,” katanya.

Janna menulis luahan hatinya itu menerusi satu hantaran di laman Inst4.gram.Dia turut memuat naik rakaman suara nyanyian sebuah lagu dengan lirik yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Terima kasih mentari setia, pernah membelai hati yang dahaga. Pernah mendakap jasad yang dahaga.Sedarlah aku sayang tidak selamanya berpanjangan. Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” luahnya.

Netizen Meluat

Dalan hantaran yang sama, dia juga turut berkongsi paparan komen seseorang yang meminta dia tidak lagi bercakap soal hubungan yang sudah terputus.

Kisah Janna dan Dini mendapat perhatian ramai apabila dia sendiri memuatnaik beberapa status yang menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat.Selepas dikatakan putus cinta, Janna dilihat membawa diri bercuti ke Eropah.

SUMBER:MStarOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *