Baru Beberapa Hari PM Umum Kabinet, Sekali Shahidan Beritahu Kenapa Kabinet Tak Bertahan Lama

Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mendakwa usaha sedang dibuat untuk memastikan PN menjadi kerajaan.

Dalam sidang media selepas kempen PN di Padang Serai hari ini, Shahidan memberi gambaran betapa kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama.

“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

“Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.

“Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN iaitu PAS,” katanya hari ini.

Kerajaan yang dipimpin Anwar pada masa ini terdiri daripada gabungan PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa pihak lain.

Berdasarkan kiraan, sehingga kini 148 ahli parlimen menyokong kerajaan pimpinan Anwar, bermakna dia mendapat sokongan daripada dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Mengulas barisan jemaah menteri yang diumumkan Anwar dua hari lalu, Shahidan berkata ia terdiri daripada mereka yang tiada pengalaman dan kurang kepakaran.

“Yang pertamanya kurang kepakaran pada pandangan mereka. Itu sebab mereka terpaksa lantik orang kalah untuk jadi menteri.

“Padahal orang kalah ini orang yang sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar memimpin lagi. Dia jadi pengikut sudahlah ataupun jadi senator biasa.

“Ahli parlimen ramai yang hebat tetapi tak dilantik, di kalangan Umno dan DAP, untuk menerajui kementerian-kementerian penting tapi mungkin dia (Anwar) anggap mereka ini tidak pandai ataupun tidak pakar, hingga terpaksa lantik mereka yang kalah,” kata Shahidan yang merupakan bekas pemimpin Umno.

Dia juga menyifatkan pelantikan empat menteri dari senator sebagai tidak wajar.

“Saya tengok kawan-kawan di kalangan dalam Umno itu, kasihan mereka.

“Tapi jangan bimbang kalau mereka tak dipercayai, datanglah kepada PN. Kami akan percayakan mereka,” ujar Shahidan lagi.

Kesian Dzulkefly, yang kalah pula diberi jawatan

Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan keputusan Perdana Menteri melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul dalam Jemaah Menterinya, bukannya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Adam Mukhriz Mohd Muhayeedin dalam ciapannya berkata, Tengku Zafrul yang gagal mengalahkan Dzulkefly di Parlimen Kuala Selangor untuk Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-1 5 lalu pula dipilih.

Tengku Zafrul, yang juga bekas menteri kewangan akan dilantik sebagai senator sebelum menjadi menteri.

“Kesian Dzulkefly, dia menang di Kuala Selangor tetapi tidak dilantik sebagai menteri. Calon yang beliau kalahkan pula diberi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan keputusan Anwar memegang portfolio kewangan.

“Apa sudah jadi dengan prinsip PM tidak boleh memegang portfolio kewangan atau portfolio lain?” soalnya.

INFOGRAFIK KABINET MALAYSIA 2022

KREDIT: MKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *