Uncategorized

Baru Je Kahwin, Isteri Dh Mula Buat Perangai. Buat Dai Syed Pasrah

Korang yang single tu, kenalah sabar sikit ya sebab tiap kali pasangan selebriti berkahwin, akan ada banyak cerita sweet pasal diorang, kah!

Pasangan pengantin baru, Da’i Syed dan pengacara TV Alhijrah, Hana Ismail sudah pasti menjadi tumpuan kali ini yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 3 Disember hari tu.

Melihat perkongsian pasangan ni di media sosial, mereka aktif memuat naik saat-saat mereka bersama dan terbaru, Syed dilihat berkongsi video mengelilingi kawasan kampung.

Tak cukup dengan tu, Syed turut berkongsi momen lucu isterinya yang sedang mencabut rumput di halaman rumah dengan memakai jubahnya yang sepatutnya dipakai untuk solat.

Sudahlah curi-curi pakai jubah suami, terbalik pula tu…

Pasangan merpati dua sejoli itu telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung Hana iaitu Ismail Dahwan dan majlis tersebut dihadiri hampir 100 orang tetamu terdiri dari keluarga, rakan rapat, dan media.

Turut hadir, rakan-rakan Syed yang diterbangkan dari Yaman ke Malaysia.

Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful telah menyerahkan mas kahwin seutas gelang tangan emas kepada Hana atau nama sebenarnya, Nurulhana Ismail.

Terdahulu, Syed dan Hana telah mengikat tali pertunangan pada bulan November yang lalu namun berita itu dirahsiakan dan hanya dihadiri saudara dan kenalan terdekat sahaja.

kredit:omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *