“Belah Sana Minta Macam-Macam” – Tuduhan Gila Harta Suami, Ini Reaksi Puteri Sarah

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai krisis rumahtangga yang dihadapi pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi satu pendedahan di Instagram Story, pelakon ini menunjukkan mesej yang diterimanya mendakwa suaminya, Syamsul Yusof dah kahwin dengan pihak ketiga, Ira Kazar.

Terbaru, Puteri Sarah menjawab dakwaan mengatakan dia gilakan harta suami menyebabkan isu rumahtangga kecoh.

Menerusi satu hantaran video, pelakon ini memaklumkan dirinya sedang sibuk packing baju untuk bercuti ke Tokyo selepas pulang daripada kerja (shooting).

Katanya, dia adalah seorang ibu yang bekerja untuk mencari duit sendiri. Dia bersyukur rezekinya dan anak-anak tak pernah putus.

Puteri Sarah berkata lagi, kos untuk bercuti ke luar negara bersama anak-anak menggunakan duit sendiri.

Yang belah sana tu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny, maruah takde kerana duit.

Dalam satu hantaran lain, pelakon ini menyatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh juga. Hantaran itu dipercayai ada kaitan dengan situasi yang dihadapinya sekarang.

Difahamkan, sesuatu ‘perkara’ yang telah terjadi itu ialah perkahwinan di antara suaminya juga Ira Kazar. Uih biar betik ni gang?

Perkara itu disahkan sendiri oleh Puteri Sarah yang memuat naik hantaran mesej dihantar oleh seseorang individu kepadanya

Akak, my friend bagitahu Ira Kazar tu dah married to your husband.

Lebih mengejutkan, Puteri Sarah seakan memberi bayangan bahawa ‘perkara’ tersebut berlaku sehari selepas dirinya melahirkan anak perempuannya, Sumayyah.

Terdahulu, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah memuatnaik foto perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah diiringi lagu Cahaya Hati yang dinyanyikan Opick sebagai muzik latar. Tulisnya restu ibu bapa itu penting, untuk doa yang berterusan.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *