PELAKON Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan s4man yang mahu diambil Syamsul Yusof terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Puteri Sarah, 37, sebaliknya menuntut agar Syamsul menjelaskan perkara sebenar yang sedang berlegar-legar tentang dirinya bagi mengelak sebarang kemusykilan.
“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak s4man untuk apa?
“Benda baik itu umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri,” katanya.

Kemelut melibatkan mereka bertiga masih belum menemui titik noktah.
Sarah mengulas mengenai perkara itu di IG Story miliknya yang turut memuat naik paparan kenyataan Syamsul kepada mStar.
Terdahulu Syamsul memberitahu dia mahu mengemukakan sam4n terhadap Jawi berjumlah RM10 juta.
Tindakan itu adalah disebabkan badan tersebut didakwa membongkar maklumat peribadi mengenai dirinya yang dianggap sebagai satu fitnah.
Syamsul mendakwa Jawi telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu pada keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.
“Ya ia fitnah. Terima kasih,” katanya.
Jadi betullah gosip tu. Mengaku sahajalah.
Sebelum ini tersebar luas mengenai berita kononnya Syamsul dan Ira sudah berkahwin.
Berdasarkan kepada kenyataan Syamsul itu, Sarah membuat andaian bahawa cerita (Syamsul kahwin lain) tersebut adalah benar.
“Jadi betullah gosip tu. Mengaku sahajalah.
“Sudah tiba masa mengaku segalanya,” jelasnya.
Sebelum saya bersalin, dia mengaku ada hubungan dengan Syamsul – Puteri Sarah
Pelakon Puteri Sarah membuat pendedahan, sehari sebelum bersalin anak kedua, Sumayyah, pihak ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya mengaku menjalin hubungan dengan suami, Syamsul Yusof.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia sendiri tidak mengerti apa motif wanita itu berbuat demikian pada saat dirinya sedang sarat hamil.
“Sehari sebelum saya lahirkan Sumayyah adalah hari pihak ketiga membuat pengakuan kepada saya dia ada hubungan dengan suami.
“Waktu itu, saya sedang mengandung sembilan bulan. Kenapa? (dia bertindak sedemikian). Saya tak tahu. Tiada hati perut namanya itu,” katanya menerusi satu entri dalam Instastory.
Entri dimuatnaik Puteri Sarah menerusi Instastory tentang hubungan suaminya dengan pihak ketiga. – Instagram.
Sementara itu, dalam muat naik entri berasingan, pelakon drama rantaian, AKu Seorang Perempuan itu menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya dia tergila-gilakan harta suaminya yang merupakan pengarahn filem berstatus jutawan.
“Maklumlah, working mum (ibu bekerjaya) cari rezekikan. Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus.
“Saya tertanya-tanya mengapa saya pula dikatakan nak harta suami? Saya pergi bercuti pun pakai duit sendiri. Yang belah sana itu minta macam-macamlah – keretalah, duitlah.
“Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Kelakar, maruah tiada kerana duit,” coret Sarah, 37.
Minggu ini, kecoh dakwaan netizen mengatakan Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin.
Anak kepada kepada pelakon Kazar Saisi itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah sekian lama tidak tinggal sebumbung.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.