Uncategorized

Dewan Rakyat Mula Bersidang, Tapi Ramai Pelik Bila Tengok Bekas PM Ismail Sabri. Memang Janggal

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi tumpuan ramai apabila lokasi kedudukan beliau di Dewan Rakyat kali ini bersebelahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Bukan itu sahaja, kedudukan Ahli Parlimen Bera itu turut dilihat bersebelahan dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Mereka bertiga merupakan pemimpin daripada tiga parti besar yang berbeza iaitu Ismail Sabri daripada Barisan Nasional (BN), Guan Eng (DAP) manakala Dr. Wan Azizah pula daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ismail Sabri dilihat dikepit oleh kedua-dua pemimpin berbeza ini di mana Guan Eng di sebelah kanan manakala Dr. Wan Azizah berada di sebelah kiri beliau.

Guan Eng kongsi gambar duduk sebaris ahli Parlimen BN – Sinar Harian


Keadaan ini merupakan kali pertama berlaku sejak negara merdeka apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Orang ramai juga turut sependapat dan menyifatkan gabungan dalam kerajaan kali ini adalah unik dan kuat.

LANGSUNG | Usul percaya akan dibahas dulu sebelum pengundian

“Jarang boleh tengok Pak Long Mail duduk di tepi pemimpin DAP dan PKR ini, tapi sebab kerajaan ini ditubuh melalui gabungan-gabungan parti besar ini, maka situasi seperti boleh kita lihat,” jelas Ardini_Zahra.

“Boleh tengok mereka bertiga duduk bersebelahan, unik betul kerajaan kali ini,” jelas MarkJu.Bakar.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *