Diana Danielle Dedah Dipukvl Sampai Benjol Besar, Lega Dapat Keluar Daripada Hubungan T0ksik

Baru-baru ini, Diana Danielle hadir sebagai artis jemputan dalam sebuah podcast berjudul Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson.

Diana mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa pukul bekas teman lelakinya sebelum menjadi isteri kepada Farid Kamil.

“Saya baru habis SPM, saya ada benjol besar di mana saya pernah dipukul oleh seseorang sebelum saya bercinta dengan suami saya.”

Kata Diana, dia gembira kerana dapat melepaskan diri daripada hubungan ‘toksik’ yang dilalui.

 

Dalam masa yang sama dia sempat menasihati mereka di luar sana yang pernah menjadi mngsa pu,kul supaya memutuskan hubungan dengan pasangan yang melakukan keg4nasan domestik.

“Saya dapat keluar daripada situasi itu, sebaik sahaja saya dipukul saya tinggalkan hubungan tersebut, saya amat gembira. Tolonglah lakukan sedemikian, buat sesiapa yang pernah disentuh, get the f*ck out!”

Di ruangan komen, ramai yang dapat meneka siapakah bekas kekasih yang dimaksudkan walaupun Diana tidak menyebut namanya.

Menjengah ke ruangan komen, walaupun nama bekas teman lelaki Diana tidak didedahkan, netizen bagaimanapun seolah-olah dapat mengenal pasti identiti jejaka yang diceritakan.

Berikut sedikit info mengenai Diana Danielle

Nama penuh: Diana Danielle Danny Beeson

Nama popular: Diana Danielle

Tarikh lahir: 22 November 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Houston, Texas, Amerika Syarikat

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, model dan pengacara

Media sosial: Instagram @dianadanielleb

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.70 meter.

2. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris

3. Anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli dan Danny Beeson.

4. Mempunyai seorang adik perempuan tiri bernama Hailee Hayden (lahir pada 1993).

5. Dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di George Town, Pulau Pinang yang juga merupakan kampung halaman ibunya.

6. Bakatnya dikesan oleh pelakon Norman Hakim apabila beliau mengunjungi keluarganya sewaktu Diana berusia 9 tahun

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002.

8. Seawal karier, beliau menceburi bidang pemodelan, nyanyian serta menghiasi iklan-iklan televisyen.

9. Filem pertamanya berjudul Idola arahan Aziz M. Osman, memegang watak sebagai Mira Melissa Muqriz. Diikuti Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Setem, Kecoh Betul, Magika, Dalam Botol, Jiwa Taiko, Hantu Gangster, Sembunyi: Amukan Azazil, Kami Histeria, Supersquad The Movie, Hanyut dan Gol & Gincu Vol. 2.

10. Drama dibintanginya: Sembilu Kasih, Janji Diana, Gol & Gincu The Series, Air Mata Maria, Farah Syakira, Cinta Bulan dan Mentari, Rahsia Di Sebalik Wajah, Di Sebalik Wajah, Cerita Dari Mastika, Raisha, My Coffee Prince dan Raisha 2.

11. Pembabitan dalam telefilem pula menerusi Igauan, Gondoruwo, Bulan Bertemu Mentari, Rumah Kembar Empat, Maya, Takbir Terakhir, Di Telapak Kaki Bonda, Perempuan Lindungan Kaabah, Talak, Lara Perindu, Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Pergilah Cinta dan Nora Bam Boom.

12. Sebagai penyanyi, Diana pernah merakamkan single Tentang Kita pada tahun 2017.

13. Merangkul trofi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29.

14. Pernah bercinta dengan sutradara, Syamsul Yusof pada sekitar 2007 sewaktu mereka sama-sama menjayakan filem Evolusi KL Drift sebelum akhirnya berpisah pada 2009.

15. Sudahnya Diana mendirikan rumah tangga dengan aktor Farid Kamil pada tahun 2012 dan sehingga kini dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Pengarah terkenal kata mereka. -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *