Uncategorized

Dilantik Menjadi Timbalan Menteri Kewangan, Ini Kata2 Ahmad Maslan

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim telah pun mengumumkan kesemua senarai Timbalan Menteri bagi kesemua Kementerian di bawah pimpinannya.

Antara nama besar yang dilantik ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Ahmad Maslan berterima kasih, akan berikan yang terbaik

Terbaru, Ahli Parlimen Pontian itu tampil memuat naik satu ciapan menerusi Twitternya mengenai pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan itu.

Menerusi ciapannya itu, Ahmad Maslan menitipkan ucapan terima kasih buat Anwar Ibrahim yang memberikan kepercayaan untuk melantik dirinya sebagai salah seorang menteri di kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan.

Terima kasih atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam Kerajaan Perpaduan.

Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Maslan juga berikrar akan memberikan khidmat yang terbaik bagi membalas kepercayaan tersebut.

Saya akan berikan khidmat yang terbaik, gigih bekerja demi rakyat & negara dengan berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun selesai mengumumkan 27 lagi Timbalan Menteri bagi setiap kementerian menjadikan jumlah keseluruhan menteri seramai 55 orang di bawah Kerajaan Perpaduan.

Kredit: Twitter Ahmad Maslan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *