Umum mengetahui, penampilan pelakon berbakat besar, Nabila Huda sememangnya sudah seksi dari dulu lagi dan tidak sesekali mahu bersikap hipokrit dengan diri sendiri.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini penampilan aktres berusia 37 tahun itu menjadi perhatian warganet sehingga menerima teguran dan kritikan ramai kerana berpakaian seksi.
Nabila Huda enggan baca komen negatif
Tidak cepat melatah, pemilik nama Nur Nabila Huda Suhaimi memberitahu dia mengambil pendekatan untuk mengabaikan sahaja daripada membaca komen negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya.

Dia yang juga mesra disapa Abil berkata, orang luar tiada hak untuk menilai dirinya kerana mereka tidak tahu kisah sebenar kehidupannya.
“Sebagai manusia, adakalanya kita boleh fikir cerita mana yang tipu, mana yang sahih. Pada saya, tak perlu baca apa-apa perkara yang boleh timbulkan fitnah atau memburukkan pasal seseorang.
“Macam saya pun tak suka baca yang merepek, hanya diri sendiri tahu tentang kehidupan saya yang orang lain tak tahu pun,”ujarnya.
kredit:omm