Fatin Afeefa masak ‘maggi’ menu pertama selepas jadi isteri. Tak sangka ini kata2 Adam Shaz

Selepas mengadakan pernikahan secara tertutup, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang berkongsi momen romantis apabila aktres tersebut memasak mi segera sebaik selesai majlis mereka.

Aliff berkata, nilai menu dihasilkan bukan menjadi keutamaan sebaliknya kenangan yang dicipta bersama perlu dihargai dalam perhubungan rumah tangga.

“Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan,” katanya dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.

‘Alhamdulillah atas pernikahan, jangan lupa tarikh mahkamah 26 Januari’ – Adam Shahz

Kuala Lumpur: Pelakon, Adam Shahz berkongsi rasa gembira atas berita perkahwinan bekas isterinya, Fatin Afeefa yang disahkan bernikah malam semalam.

Adam ketika dihubungi turut mengingatkan Fatin supaya tidak lupa akan tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.

“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.

“Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Adam yang kini berada di Thailand berkata, ini adalah perbicaraan kali pertama mereka bagi menuntut hak penjagaan anak, Ivy Herra Sophia, 7.

“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.

“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.

“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” katanya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai bapa.

“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan berita pernikahan Fatin dengan lelaki pilihan hati dikenali Aliff Awang yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Sebelum ini, Fatin berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian,10.

Menerusi satu perkongsian video di InstaStory, Aliff yang juga seorang usahawan meluahkan kesyukuran apabila dapat menjamah air tangan pertama insan tersayang selepas bergelar suami isteri.

Aliff berkata, nilai menu dihasilkan bukan menjadi keutamaan sebaliknya kenangan yang dicipta bersama perlu dihargai dalam perhubungan rumah tangga.

“Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan,” katanya dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *