Uncategorized

Habis Ayam masak merah, karipap berterabur atas jalan, “Sayu muka makcik ni, meleleh air mata dia”

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisahnya mengenai seorang peniaga nasi lemak di Kota Damansara apabila gerai miliknya diserang secara tiba-tiba, pada Jumaat.

Menerusi video tular, barang jualan wanita itu kelihatan bersepah di atas jalan raya, dipercayai dibaling oleh orang tidak waras.

Dalam video tular yang meraih lebih sejuta tontonan itu, peniaga berkenaan kelihatan sedih sambil meneruskan jualan dengan baki makanan yang sempat diselamatkan.

“Macam biasa, setiap pagi aku akan beli nasi lemak dekat kedai akak ni. Tapi pagi ni, akak ni baru je nak bukak kedai. Lepas tu datang seorang dengan kereta, ambil dan lempar semua makanan. Allahuakhbar.

“Semoga akak nasi lemak ni sentiasa dimurahkan rezeki,” tulis Haa_kim59 yang berkongsi video kejadian menerusi aplikasi TikTok.

Kesian sangat. Dengar dia cerita pun kita tak sampai hati. Tapi dia masih kuat untuk terus niaga apa yang ada.

Dalam pada itu, seorang lagi saksi turut berkongsi video kejadian sama menerusi TikTok sehingga meraih lebih 600,000 tontonan.

Menerusi video itu, beberapa pelanggan kelihatan masih beratur untuk membeli makanan biarpun sebahagian lauk jualannya jatuh di atas jalan raya.

“Masih terus mencari rezeki walaupun semua barang jualan dibuang, dicampak semua oleh orang gila. Sayu tengok muka makcik ni, meleleh air mata dia bercerita kisah yang terjadi.

“Kesian sangat. Dengar dia cerita pun kita tak sampai hati. Tapi dia masih kuat untuk terus niaga apa yang ada. Kalau kita, tak kuat dah,” tulis Idayu Razak.

Dalam pada itu, ramai netizen turut menzahirkan rasa simpati dan meluahkan hasrat untuk membantu peniaga berkenaan.

“Rezeki akak dah tertulis, yang aniaya akak tu malaikat pun dah tulis juga. Allah jadi saksi. Semoga akak sabar dan kuat semangat ya.

Beberapa pelanggan beratur untuk membeli makanan selepas gerai itu diserang.

“Yang mana dekat-dekat sana, tolong support akak ni. Kami yang jauh cuma mampu doa.

“Mudah-mudahan lepas ni pelanggan akak akan lebih berbanding sebelumnya.

“Ya Allah, kesian makcik tu. Moga Allag gandakan rezeki makcik,” tulis beberapa netizen.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *