Uncategorized

Ibu Pemuda OKU Kena Pr4nk Kat Taman, Ini Reaksi Padu Prof Izhar

Kuala Lumpur: Tular di laman sosial video ‘prank’ keterlaluan seorang pemuda terhadap wanita di taman rekreasi di Semenyih, Selangor.

Menerusi video dimuat naik di TikTok itu, pemuda terbabit dilihat membawa kek sebelum menekup wajah seorang wanita dengan manisan berkenaan.

Wanita yang ketika itu duduk berehat bersama pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) berkerusi roda kelihatan terkejut kemudian bangun lalu menjerit ke arah pemuda terbabit.

Pemuda itu kemudian datang semula kepada wanita itu bagi memohon maaf dan menjelaskan apa dilakukannya adalah satu projek eksperimen sosial.

Jelas pemuda itu, dia lakukannya dengan tujuan menguji kesabaran wanita terbabit dalam menjaga anak istimewa dan melihat reaksi orang sekeliling.

Wanita itu mengakui berang dengan apa dilakukan pemuda terbabit namun memaafkannya.

Harian Metro cuba menghantar kiriman mesej di Instagram (IG) miliknya bagi mendapatkan ulasan pemuda terbabit susulan tindakannya mendapat kecaman dan mengunang kemarahan netizen kerana dianggap biadap.

PETIKAN video aksi keterlaluan seorang pemuda yang mendapat kecaman netizen.

Bagaimanapun, belum ada maklum balas diterima setakat ini malah tiada kenyataan dibuat menerusi TikTok atau IG pemuda terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar sama ada wanita dalam video berkenaan benar-benar mangsa atau pelakon terbabit dalam menjayakan projeknya.

Dalam pada itu Timbalan Dekan (Jaringan) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim ketika dihubungi Harian Metro berkata, haram hukumnya dan berdosa individu yang menganiaya insan lain dengan cara sebegitu.

“Niat yang baik untuk buat ‘content’ (kandungan video) sama sekali tidak boleh menghalalkan cara yang haram.

“Perbuatan memalukan dan menyakiti orang lain seperti ini adalah dilarang oleh Islam.

“Jika ditakdirkan, kakak itu (mangsa) tercedera, terbuta mata atau lain-lain yg memudaratkan, pemuda itu boleh disaman malah segala kerugian dihadapi mangsa wajib diganti rugi oleh pelaku dalam Islam,” katanya.

Justeru, Mohd Izhar Ariff menasihati pemuda terbabit untuk berfikir panjang sebelum melakukan perbuatan berkenaan.

“Nasib baik adik (pelaku) tak kena pukul dengan orang sekeliling.

“Sabar ada hadnya. Jangan menguji kesabaran orang lain dengan kerja tak cerdik.

“Apa pun, apa yang pemuda itu lakukan bukan budaya rakyat Malaysia,” katanya.

PAK NIL TAMPIL BERSUARA SEBAB LELAKI ITU SALAH SEORANG PESERTA PR0GRAM ANJURANNYA

Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi meluahkan rasa kesal berikutan sebuah video prank ‘kasar’ yang dilakukan oleh salah seorang peserta program di bawah dianjurannya yang tular baru-baru ini.

Pada video yang tular tersebut, peserta berkenaan dilihat mencampakkan sebiji kek ke muka seorang wanita di sebuah taman permainan dengan alasan hanya mahu menguji kesabaran wanita itu yang juga merupakan seorang ibu kepada anak kelainan upaya (OKU).

Bagaimanapun, Aznil atau mesra disapa Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas. Malah dia sebagai Mentor pernah berpesan untuk tidak melakukan konten yang sedemikian.

“Saya tertarik untuk mengulas sebuah video prank yang melampau, Pak Nil selaku mentor kepada peserta tersebut sangat kesal dengan kejadian ini.

“Sebab sebagai mentor saya pernah pesan kepada mereka bahawa prank di Malaysia tidak boleh sama dengan prank yang dilakukan oleh warga di negara lain.

“Kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap agama, budaya dan negara. Masih tertakluk kepada tatasusila, itu perkara yang sangat saya utamakan,” katanya.

Pak Nil meluahkan rasa kesalnya itu menerusi satu hantaran video di laman TkT0k miliknya baru-baru ini.

Sementara itu, Pak Nil turut mengulas mengenai objektif utama program tersebut dianjurkan di mana ia bertujuan mahu melahirkan golongan anak muda yang mampu melakukan konten yang berkualiti.

“Mengenai projek ini, ia adalah tayangan untuk TkT0k dan Yov.Tvbe dengan tujuan ingin mereka mempunyai satu konten yang berkualiti daripada segi produksi dan juga isi.

“Disebabkan bekerjasama dengan TkT0k, peserta-peserta ini hanya tertakluk kepada garis panduan komuniti (Comunity Guidline) yang disediakan oleh pihak TkT0k.

“Seandainya TkT0k melihat ia adalah sesuatu yang tidak mengganggu gugat komuniti, video itu masih lagi boleh dilihat di akaun peserta-peserta kami,” tambahnya.

Dalam masa sama, Pak Nil yang mewakili pihak produksi program tersebut memohon maaf kepada semua pihak yang terasa dan dia turut memaklumkan akan berusaha untuk berjumpa dengan peserta berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

“Untuk itu saya selaku wakil program tersebut ingin memohon maaf dan akan mengambil peluang untuk berjumpa peserta tersebut untuk mengetahui apa sebenarnya plan dia pada asalnya.

“Saya harap ini juga menjadi pengajaran pada semua orang untuk menghasilkan konten-konten yang lebih berkualiti dan jauh beza daripada budaya luar,” tambahnya.

SUMBER:GEMPAK

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *