“Ikutkan Hati Nak Je M4ki!” – Elvina Berang Dengan Gadis ‘Unicorn’

PETALING JAYA – Aktres Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa berang apabila berhadapan dengan individu yang mengamalkan konsep ‘cop’ parkir di lokasi umum.

Perkara tersebut dikongsi Elvina atau nama penuhnya Norzalina Mohamad, 27, dalam sebuah video TikTok ketika dia berdepan tindakan seorang wanita melakukan hal tidak bertanggungjawab tersebut.

“Tidak sangka masih ada orang yang melakukan ‘cop’ parkir. Saya pusing tiga hingga empat kali untuk cari dan tunggu untuk dapatkan parkir.

“Selepas itu, menipu cakap sudah berdiri lama sedangkan kami lebih awal menunggu untuk parkir kereta di situ. Ikutkan hati rasa nak maki, geram,” katanya.

Dalam video sama, wanita itu masih berdegil dan tidak mengendahkan teguran bintang drama Takdir Yang Tertulis berkenaan yang menyatakan perbuatannya adalah salah.

Malah, gadis itu mendakwa dia dah cop dan dah lama berdiri di situ. Gadis yang memakai perhiasan ‘unicorn’ di kepala tersebut turut dilihat membantu rakannya masuk ke petak parkir.

Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP PARKING! Kita ni punya la 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang-senang dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dari parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!

Ikutkan hati, nak je pelakon ini hamburkan kata-kata makian tetapi dia masih bersabar dan menegur dengan elok. Namun nampaknya teguran tak diendahkan langsung.

Setakat ini, video tular telah mendapat lebih 2 juta tontonan di TikTok. Rata-rata daripada netizen turut mengecam tindakan pentingkan diri gadis tersebut.

Rata-rata netizen turut mempertikaikan tindakan individu berkenaan dan mengakui hal sebegitu kerap berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Memang ramai orang perangai sebegini, pentingkan diri dan buat kepala sendiri,” komen netizen.

“Ambil nombor plat kereta dan hantar kepada pihak berkuasa. Itu sahaja cara untuk mengajar mereka,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Kredit: TikTok Elvina Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *