Uncategorized

Ini Senarai Nama Pemecatan Ahli UMNO Buat Ramai Terkejut. Isteri Shahidan Kasim Turut Tersenarai

UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, antara tiga pemimpin akar umbi parti itu dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata MKT UMNO mengambil tindakan itu mengikut fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya.

Beliau berkata, ia termasuk jika seseorang ahli UMNO itu terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli.

“Dua lagi ahli UMNO yang dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim, yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

“Pemecatan mereka berkuat kuasa serta merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Khatan Perdana Masjid Kampung Jawa Ulu, di sini, hari ini.

Pagi tadi, media yang memetik sumber melaporkan Anwar, Shamsiah dan Fatimah antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya selepas diputuskan Mesyuarat MKT parti malam tadi.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu dilaporkan digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran

‘Saya tak dengar apa-apa berita’ – Annuar Musa

Saya tak dengar apa-apa berita.” Demikian komen ringkas Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau dipecat menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Annuar yang baru tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) terus meninggalkan kumpulan media dan menaiki kereta keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Ahmad Zahid khususnya berkaitan usaha jajaran baru yang dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Dalam mesyuarat malam tadi, selain Annuar, dua lagi pemimpin akar umbi yang dipecat ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin serta Ketua Wanita Umno Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah sebelum ini digantung sementara seluruh jawatan mereka atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung, menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Terdahulu susulan pemecatannya, Annuar memuat naik status dengan menyifatkan Umno kini diibaratkan sebuah rumah pusaka yang sedang terbakar hingga menyebabkan ramai penghuninya lari, tetapi mereka yang berusaha memadam kebakaran itu ditarik keluar.

Annuar dalam perkongsian di Facebook pagi ini, memberi isyarat terhadap kekecewaan itu sambil berkongsi gambar membantu kempen BN bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

kredit: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *