Uncategorized

Kabinet Baru Telah Di Bentuk, Ini Reaksi KJ Buat Ramai Setuju

Nampaknya, sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai kabinet baharu semalam kepada rakyat, ramai yang tidak berpuas hati apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri Malaysia (TPM) I yang baharu.

Mana tidaknya, seseorang yang terpalit dengan kes mahkamah seperti perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram telah diberi tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri dianggap tidak wajar sama sekali.

KJ harap Zaliha beri khidmat terbaik

Dalam pada itu  Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ucap tahniah atas pelantikan Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.

Melalui hantaran di akaun Twitter miliknya, Khairy berkata dengan pelantikan itu diharapkan Zaliha dapat memberi perkhdimatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

“Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah melalui akaun Twitternya juga memaklumkan Zaliha merupakan wanita pertama menerajui kementerian berkenaan.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dr Zaliha Mustafa
atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan. Semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan pentadbiran dan pengurusan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan negara. Bersama kita membawa perubahan!,” ujarnya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 28 Menteri dilantik di bawah Kabinetnya.

TEKA-TEKI siapakah wajah pemimpin yang bakal mewarnai kabinet Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab pada Jumaat malam.

Secara rasminya, Anwar mengumumkan sejumlah 28 pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan seorang tokoh agama telah diumumkan mengisi jawatan menteri dalam kabinet baharu.

Daripada angka itu, PH mendominasi dengan 15 portfolio menteri masing-masing

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *