Uncategorized

“Kalau tak serius tak mungkin….” -Sudah tiga tahun, Yana Samsudin d3dahkan ini yg berlaku buat dia kurang berlakon.

PENGLIBATAN pelakon Yana Samsudin dalam dunia penstriman permainan atas talian atau eSport sejak tiga tahun lalu secara tidak langsung dapat membantu golongan remaja mengembangkan potensi mereka dalam sukan berkenaan.

Kata Yana atau nama sebenarnya Nurliana Samsudin, 38, sepanjang sesi siaran langsung itu dia juga berkesempatan menyampaikan motivasi dan ilmu kerohanian bersama pengikutnya.

“Saya bukanlah sekadar main game sahaja. Penglibatan dalam dunia baru ini juga bagaikan satu tanggungjawab untuk saya berikan sesuatu kepada komuniti. Inilah cara untuk mengajar golongan remaja untuk mencuba sesuatu yang boleh menonjolkan bakat mereka.

“Dalam masa sama saya juga ada kongsikan kisah motivasi dan kerohanian. Dalam dunia streaming ini ramai anak-anak muda, jadi perlu ada seseorang yang tahu tentang undang-undang dan kemanusiaan. Jadi tugas saya adalah untuk pantau mereka,” katanya kepada mStar.

Yana ditemui di majlis sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Meskipun aktif dalam dunia streaming itu, ibu kepada dua orang cahaya mata memberitahu dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Malah, dia bersyukur kerana suaminya iaitu Fadzil Zahari sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan untuk dia meneruskan aktiviti berkenaan.

“Suami tak pernah nak sekat saya bermain game sebab dia tahu apa yang dilakukan ini adalah betul kerana niat mahu bantu golongan remaja. Biasanya saya akan main game selama tujuh hingga lapan jam sehari, jadi pengurusan masa adalah penting untuk seimbangkan kehidupan berkeluarga.

Dalam dunia ini ramai anak-anak muda, jadi perlu ada seseorang yang tahu tentang undang-undang dan kemanusiaan. Jadi tugas saya adalah untuk pantau mereka

“Saya juga akan pastikan mandi selepas lama bermain game sebab tak mahu rasa letih. Biasanya orang muda akan terus tidur, itu adalah tidak elok,” kongsinya.

Dalam masa sama, pelakon Bini-Biniku Gangster ini juga turut meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif berlakon, namun dia terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan komitmen keluarga.

Sempena GMWA2022 yang bakal berlangsung pada 26 Februari 2023, Yana tercalon dalam kategori Personaliti Gamer Tergempak bersama Soloz, Kambing Golek, Jaa Suzuran dan Daddy Hood.

“Memanglah rindu nak berlakon, tapi saya tak boleh aktif macam dulu sebab ada komitmen keluarga. Cukuplah dalam setahun terima dua atau tiga tawaran sahaja.

“Dunia gaming ini pula sangat baru bagi saya, namun ia bukanlah sekadar ‘acah-acah’. Kalau tak serius tak mungkin bertahan selama tiga tahun,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *