Uncategorized

Kena bayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak ipar, Ali Puteh Buat Rayuan, Sekali ini keputusan Mahkhamah

KUALA LUMPUR: Pelawak Ali Puteh gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah, berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube usahawan kosmetik itu.

Sementara itu, rayuan Siti Nor Hidayah untuk menaikkan jumlah ganti seperti yang diperintahkan mahkamah pada 18 Februari lalu selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak oleh Ahmad Shahrir.

Peguam, Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, ketika dihubungi pemberita, berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guam sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Kita terima keputusan mahkamah,” katanya.

Dalam prosiding yang dijalankan secara Zoom hari ini, Siti Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun Instagramnya, antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan mereka dengan menerbitkan dan memuat naik satu video temu bual yang disiarkan secara langsung dalam akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

kredit:bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *