Lama Berdiam Diri, Pihak pengurusan Tapak Perkhemahan Akhirnya Buat Satu Kenyataan

PENGURUSAN tapak perkhemahan, Father’s Organic Farm menzahirkan simpati kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor di mana setakat ini meragut 24 nyawa dan sembilan lagi masih hilang.

Menerusi hantaran di Facebook, Father’s Organic Farm turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa.

Tanah runtuh: Angka korban meningkat 13 orang | Free Malaysia Today (FMT)

“Kami dengan rendah hati, menzahirkan simpati dengan semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada 16 Disember.

“Bencana tidak mengira mangsa. Hati kami sentiasa bersama anda. Moga yang terkorban dapat berehat dengan tenang.

“Ucapan takziah yang tulus kepada semua keluarga, doakan kepada mereka yang terselamat dan cedera untuk pulih serta terus menjaga diri,” menurut satu kenyataan pada Ahad.

Pada masa sama, Father’s Organic Farm turut menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa.

Ini merupakan pertama kali Father’s Organic Farm membuat kenyataan secara terbuka berhubung tragedi tanah runtuh.

Seramai 61 mangsa yang terselamat dalam tragedi itu.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *