Uncategorized

“Lapar Ke Sohor” –Ini Reaksi Padu Ustaz Azhar Pr4nk Tekup Kek Ke Muka

Baru-baru ini viral di media sosial video memaparkan muka seorang wanita ditekup sebiji kek oleh pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Daing Ellando.

Selepas menerima kecaman ramai, TikTokers ini mengaku video itu hanyalah lakonan untuk eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai.

Terbaru, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus ketika memberi ceramah di Masjid Al-Furqan Simpang 4 Chendering Kuala Terengganu ditanya mengenai hukum ‘prank’ sedemikian dari sudut agama.

Jom dengar penjelasan ustaz

Soalan: Zaman sekarang macam-macam budak-budak nak tarik perhatian orang. Buat prank lempar kek atas muka orang gitu gini apakah hukumnya?

Jawapan: Kita Islam ini yang terbaik. Serius Rasulullah, bergurau pun Rasulullah bergurau. Contoh terbaik Rasulullah. Dia bergurau tak macam kita bergurau. Kita macam orang hilang akal sampai tunjuk aurat. Lapar ke sohor, nak kan content, nak banyak views. Yang haram pun haramlah. Sebab tu kita, apa jadi sekalipun iman dan islam akan jaga kita. Mu layan TikTok dengan iman dan islam. Mu layan Youtube dengan iman dan islam. Mu buat content untuk Facebook kena ada iman dan islam. Maknanya aqidah kita tak lari, syariat kita betul. Silakan, tiada masalah. Jangan sampai kita tinggal iman dan islam. Maksud iman itu jangan lari daripada aqidah, maksud islam itu ikut pantang larang halal haram.

Jelas Ustaz Azhar lagi, tak salah buat content untuk jana pendapatan tetapi ianya haruslah perkara yang baik.

Ni dok guling bating buat prank sampai nampak aurat orang semua haram belaka tu. Orang kafir dia peduli apa. Jadi berpada-pada jangan melampaui batas.

Sebagai orang Islam, seseorang haruslah menjaga iman iaitu setiap perbuatan hendaklah mengikut pantang larang halal dan haram di dalam agama.

Terdahulu TikToker, Daing Iskandar Mohd Tahir memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video prank baru-baru ini hingga menimbulkan kemarahan ramai.

Daing Iskandar membuat permohonan maaf itu menerusi video dimuat naik di akaun TikTok, hari ini.

“Assalamualaikum, saya Daing Iskandar Mohd Tahir ingin membuat permohonan maaf secara terbuka dan tanpa bersyarat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pihak terkesan dengan video itu sama ada secara langsung atau tidak.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh di atas baik dan buruk terhasil daripada hantaran video itu.

“Saya ambil iktibar atas kekhilafan ini dan memohon kepada semua pihak agar tidak meniru aksi prank seperti itu.

“Saya juga belajar meneladani adab, budaya, norma ketimuran yang sesuai untuk pengamalan secara harmoni di Malaysia. Saya harap tiada lagi yang share (kongsi) serta tutup video itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *