Uncategorized

Lelaki Ini Beritahu Kenapa Menghentikan Monopoli Bernas Saja Tak Menyelesaikan Masalah

Semalam Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan gesaan yang pernah disuarakannya enam bulan lalu, iaitu agar Padiberas Nasional Bhd (Bernas) berkongsi keuntungan dengan pesawah miskin di negara ini.

Dalam sidang media, Anwar berkata dia telah “menegur” pemilik Bernas – hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary – berhubung monopoli import beras oleh Bernas, dan syarikat itu akan membuat pembayaran kepada pesawah.

Namun melalui satu perkongsian dari Facebook Mat Saman Kati, beliau memberi pencerahan mengenai monopoli Bernas

“Idea untuk menghentikan/mengurangkan monopoli Bernas ni pernah diutarakan oleh Salahudin Ayub masa dia jadi Menteri Pertanian, tahun 2018.

“Idea ni tak dapat dilaksanakan sebab Mahathir tak setuju. Aku pun tak setuju…tapi bukan pasai aku sokong Mahathir.

“Mahathir tak setuju sebab Salahudin nak cantas Syed Mokhtar. Aku tak setuju sebab Salahudin nak menghentikan monopoli Syed Mokhtar dengan membuka peluang kepada syarikat lain. Ada dua atau tiga syarikat yang telah disenaraipendekkan.

“Sebab aku tak setuju ialah, bila permit mengimpot dibuka kepada banyak syarikat…akan berlaku persaingan untuk menjual beras dengan harga lebih murah. Bila harga beras jadi lebih murah, petani tempatan mampuih.

“Kalau harga beras jatuh bawah dua ringgit sekilo, pengguna seronok tapi pesawah akan rugi. Sebagai pengguna, memang syok la beras murah tapi ramai pesawah akan gulung tikar.

“Akhirnya lebih banyak bendang akan terbiar dan kita seronok mengimpot.

“Tup-tup berlaku sesuatu yang menghentikan impot beras, macam pandemik hari tu…kita nak gagau beras kat mana?

“So, kalau kita nak cakap pasal keterjaminan makanan, kita kena tengok faktor ‘availability’ dan ‘affordability’. Ada duit tapi beras takdak pun tak guna. Beras ada tapi tak mampu nak beli pun tak guna.

“Tahun 2020 aku dah tulis panjang lebar tentang ‘food security’ dan ia bukan hanya berkisar tentang subsidi dan monopoli. Rangkaian makanan ini terlalu luas dan bukan tanggungjawab Menteri Pertanian saja.

“Menghentikan monopoli Bernas saja tak menyelesaikan masalah.

Nak buat bendang, anak-anak tak mau. Lebih baik kerja kilang atau jadi Youtuber atau Tiktoker. Nak ambik Bangla…sekarang Bangla pun jual mahal. Peringkat nak menanam pun dah bermasalah. Belum pasal benih, baja dan racun lagi. Ada benih, air pulak tak ada.

“Peringkat nak menanam saja sudah melibatkan Kementerian sumber manusia, Kementerian alam sekitar, Kementerian Sumber Asli, Kementerian Pertanian. Ada lagi?

“Jangan mengharapkan kejaiban berlaku sekelip mata dan tak perlu la mengalih tumpuan rakyat dengan isu-isu salah menyalah orang lain. Engage dengan seberapa ramai pemegangtaruh dan dapatkan idea secara menyeluruh. Jangan dengar cakap Bayer, Cargill atau Syngenta saja.

“Aku mengharapkan dalam masa 100 hari, aku nak dengar dasar dan halatuju. Dasar agromakanan negara 2021-2030 dah ada. Nak ikut saja atau nak ubah? Yang ni perlu jelas dan cepat sebab sapa yang nak melabur dalam pertanian, nak tengok dasar dulu. Jangan jadi macam Guan Eng dulu. Kita nak promote padi organik/padi huma, dia pi kensel semua geran dan bantuan.

“Dalam masa setahun, dah siap public engagement. Dalam masa dua tahun dah siap pelan implementasi. Dalam masa empat tahun, kita dah boleh tengok hasil. Berjaya atau tidak itu belakang kira, a bad plan is better than no plan.

“Kalau betul la Kerajaan Perpaduan.

“Tapi kalau tulih macam ni pun hangpa dah label macam-macam…mampuih pi la.

Selepas tiga jam di muat naik, posting berkenaan telah mendapat hampir 3 ribu tanda suka dan 862 perkongsian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *