Lepas Kena Pecat, Annuar Musa Bagi Jalan Kepada AJK UMNO Ketereh Samaada Tinggal Parti Atau Tidak

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa meminta kalangan ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Ketereh tidak meninggalkan parti itu di sebalik nasib yang menimpa dirinya.

Annuar berkata, mereka perlu terus bersabar dan usah bersedih kerana situasi itu adalah sebahagian daripada harga perjuangan.

“Malam tadi saya mengadakan pertemuan dengan semua AJK UMNO Bahagian Ketereh yang saya pimpin selama 35 tahun.


“Ini sebahagian dari harga perjuangan dan memilih untuk berkata benar, walaupun pahit. Pesan saya buat masa ini, jangan tinggalkan parti,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Annuar yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dipecat daripada parti.

Selain beliau, Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim turut berdepan tindakan sama.

Sementara itu, Annuar berkata, satu pertemuan akan diadakan pada pukul 3 petang ini dengan semua pemimpin di 123 cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Beliau turut membenarkan ucapannya dalam pertemuan itu disiarkan secara langsung di Facebook tanpa perlu disembunyikan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *