Uncategorized

Mat Saman Kati Beri Penjelasan Pasai Apa Orang Berbendang Ni Marah Sangat Kat PH

Perikatan Nasional (PN) merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilangsungkan siang tadi.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak daripada PH.

Pertembungan enam penjuru di kerusi berkenaan turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraajh, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman; calon Parti Warisan (WARISAN), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, iaitu Sreanandha Rao.

Azman memperoleh 51,637 undi, manakala Mohamad Sofee mendapat 35,377 undi dan Sivaraj yang memberi laluan kepada calon PH berjaya meraih 2,983 undi.

‘Saya dah 3 tahun buat kerja, tak adil beri laluan kepada PH’ – Sivaraj
PRU15: Patah kaki tidak patah semangat pesara guru mengundi

Tiga lagi calon, Hamzah memperoleh 424 undi, Mohd Bakhri pula mendapat 149 undi, manakala Sreanandha dengan 846 undi.

Berikut satu kupasan menarik dari Mat Saman Kati tentang situasi politik semasa selepas Anwar ‘cuit’ Tan Sri Syed Syed Mokhtar

“Bila aku cuit PN, depa kata aku orang PH. Bila cuit PH depa kata aku orang PN. Cuma satu yang baguih, dah takdak orang yang kata aku orang Umno.

Ada member yang follow aku kat Twitter dok tanya pasai apa aku tukar nama. DAO tu apa dia?

Dulu aku sokong personaliti. Lepas tu sokong parti. Lepas tu join NGO. La ni apa pun tak mau dah. Aku jadi DAO. Decentralized Autonomous Organization. Sapa yang join blockchain dan Web3, aku tak payah explain. Sapa yang masih analog, teruskanlah pakai kupon.

Aku bagi intro kat atas ni sebab aku nak kaitkan keputusan PRK Padang Serai dan Tioman ni dengan food security. Jadi, aku tak mau hangpa kata aku pro-PN atau pro-Kerajaan Koalisi.
Semakin jelas, orang Melayu sokong PN. Di Kedah, majoriti yang diperolehi oleh PN terlalu besar sebab Kedah Jelapang Padi. Kat Tioman, BN nasib baik sebab takdak bendang. Kalau ada bendang, ghuyup jugak la.

Pasai apa orang berbendang ni marah sangat kat PH?

Masa PRU haritu, aku dok baca satu tulisan orang Umno. Betui atau tidak aku tak tau, tapi kebenaran hanya persepsi. Kalau yakin…salah pun boleh jadi betui. Aku kopipes sebahagian.

1. Peruntukan kpd subsidi baja padi dipotong dari RM465 juta (2018) kpd RM232.5 juta dlm bajet 2019. Rakyat tgh susah dan kerajaan PH potong pula subsidi. Bajet 2023 Ismail Sabri bagi subsidi tinggi PH kata gula2 PRU tp PH juga kata rakyat tengah susah.

2. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.

3. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019. Tanyalah nelayan mcm mana PH ‘bantu’ mereka.

4. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.

5. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.

6. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.

7. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.

Bila jadi kerajaan hasil gabungan dengan Umno, perkara pertama dibuat ialah penaya Syed Mokhtar. Masa memerintah hangpa tarik subsidi beratus juta, dah menang hangpa pau orang tua tu 50 juta. Kartel gula, minyak masak dan telur tak berani usik.

Hangpa sebagai pengguna mungkin tak terkesan dengan penarikan subsidi, tapi bagi pengeluar makanan…tengah m4ti woi.

La ni…Sapa yang terkesan?

“Nak kalah lagi…teruskanlah kondem pengundi.”

Kenapa hanya tegur Syed Mokhtar? – Berjasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuat teguran secara menyeluruh jika melibatkan tokoh perniagaan bukan menumpu kepada individu tertentu sahaja.

Naib Presiden Berjasa, Abdul Samad Ashaari menegaskan, dalam isu memonopoli import beras negara, bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sahaja malah ramai lagi yang terlibat.

“Teguran Anwar terhadap Syed Mokhtar dalam isu ini dibuat secara tidak menyeluruh sedangkan ia perlu melibatkan semua tokoh tokoh perniagaan lain di Malaysia.

“Dalam laporan Malaysia’s 50 Richest Forbes 2022, Syed Mokhtar Al-Bukhary berada di tempat ke-15 terkaya di Malaysia. Kenapa hanya sasarkan tokoh perniagaan ini sahaja.

“Bagaimana dengan tokoh dan ahli perniagaan lain yang jauh lebih kaya dan menguasai sebahagian besar kartel industri pemakanan di Malaysia dan menguasai sistem rantaian ekonomi terbesar Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar menegur Syed Mokhtar kerana memonopoli import beras di negara ini.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan mengizinkan lagi pembolotan kekayaan oleh tokoh-tokoh politik yang dengan begitu mudah menghisap darah pesawah yang miskin.

Menurut Abdul Samad, sebagai sebuah kerajaan yang menjanjikan pentadbiran yang adil dan telus, mereka seharusnya bertindak lebih telus dalam setiap pandangan dan keputusan yang dibuat dan tidak hanya menyasarkan golongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *